Sunday, September 6, 2009

HUJAN YANG TURUN

Angin malam berderu dengan hebat sekali
Bunyian dedaunan di pokok dan dedaunan di bawah memecah kebuntuan malam
Air hujan sudah mula menitis
Hampir lebat
Pada permukaan telah diselaputi oleh air itu.


Bunyi detingan air hujan yang menimpa atap-atap rumah mula membingit
Akhirnya, hujan pun turut dengan lebatnya.
Tempiasnya telah aku rasai
Kedinginannya mencengkam tubuh
Kelihatan juga beberapa buah kenderaan melintasi.


Pokok-pokok bergerak mengikut bayu angin
Hujan semakin lebat dan mendingin
Itulah rahmat ALLAH, ALLAH HU AKBAR!!!
Kebesaran-Nya terserlah apabila aku mengamati suasana ini.
Alhamdullilah, syukran, Ya ALLAH...
Itulah sahaja yang mampu aku lafazkan
Atas nikmat-Nya yang tidak terperi ini.


Kucing yang sedang lena tidur di bawah pokok tadi telah lesap
Mungkin ia mencari tempat perlindungan sementara menunggu hujan berhenti.
Aku? Humph...
Aku masih lagi di sini
Duduk mengamati suasana ini.


Kini, aku tertanya-tanya
Apakah nasib golongan yang terbiar
Di mana tiada teduhan dan perlindungan daripada hujan ini
Apakah mereka selamat dan selesa?
Namun, aku di sini tetap bersyukur kerana adanya teduhan.
Dan tertanya-tanya, "Bilakah hujan akan berhenti?"



--------ToKaN AL-MaNSuR--------

2 comments:

  1. Bilakan hujan akan berhenti??
    Hanya Allah sahaja yg tahu..
    Kita sebagai manusia yg mampu tuk berdoa sahaja..

    ReplyDelete
  2. Aku hanya berkias sahaja.
    Ada maksud disebalik segala apa yang aku pernah katakan.

    ReplyDelete