Saturday, October 23, 2010

Ulang Tayang

Pukul 3 pagi, Ahad
Angin tengah malam bertiup syahdu
Senyap dan tenang
Membuatkan aku
Bertambah pilu.

Dalam perbualan hari itu
Mengalir air mata membasahi pipi
Sementara
Tusukan kata itu amat dan lebih tajam.
Berbanding pedang.

Setiap kali aku cuba lebih merapatkan lagi hubungan kita
Setiap kali itulah kau akan bersahaja menolaknya
Sakit, sangat sakit
Ibarat menitiskan air limau ke atas luka dalam yang berdarah
Tidak terperi.

Aku tahu
Aku insan hina
Tidak sempurna dari segalanya
Dari pandangan matamu
Dan ianya melemahkan aku
Untuk menatih liku-liku onak kehidupan.

Terimalah aku
Dan aku akan menjadi tempat kau mengadu, meminta
Terimalah aku
Kerana masa kian suntuk
Terimalah aku
Dan ingatilah aku.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

2 comments: