Tuesday, June 14, 2011
Tangisan Dalam Hujan
(puisi ini ditulis dan diubah semula selepas 2 tahun aku menulisnya).
Aku berdiri di sini seorang diri
Menunggu hujan berhenti
Kini ku terkenang kembali
Memori lama yang tersemat di hati.
Telah banyak yang kita lalui bersama
Walaupun kau bukan temanku
Aku menyintaimu dalam diam
Meskipun kau tak pernah tahu.
Oh, kini ku menangis bersama hujan
Kerana memendam perasaan ini
Mengertilah dikau bahawa aku menyintaimu
Tolonglah aku di sini.
Mengapa kau masih membisu
Baru ku sedari
Cintaku hanyalah pada bayang-bayangmu
Aku jadi hilang arah.
Dengan perasaan lara ini
Aku mahu pergi
Ke mana sahaja
Ku berdoa agar kau berbahagia.
--------ToKaN AL-MaNSuR--------
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment