Wednesday, August 24, 2011

Moyangku, Tuah


Moyangku, Tuah
Cucu ini ingin meluahkan pelbagai rasa
Cucu ini ingin pekik, tanda kemarahan yang terpendam
Cucu ini rasa terkilan
Cucu ini ingin kembali.

Moyangku, Tuah
Cucu ini bukannya yang benar
Cucu ini hanya Melayu pada nama
Maluku, Tuah
Aku malu kerana aku adalah pewaris bangsa yang terkini.

Moyangku, Tuah
Cucu ini berasa hiba
Terkilan dan meluat
Melihat cucu-cucumu yang lain
Sanggup memperjudi tanah dan darah
Demi kepentingan diri masing-masing.

Moyangku, Tuah
Kata-katamu masih lagi segar di benak ini
"Takkan Melayu Hilang Di Dunia"
Namun, anak-cucumu ini adakalanya lupa
Lalai dan leka
Dibuai hiburan dan kebendaan.

Moyangku, Tuah
Darah yang mengalir dalam tubuhku ini
Adalah darah yang tumpah di atas bumi ini
Semangat dan kesungguhan atas nama bangsa
Tidak sama sekali akan luput dalam genggaman.

Moyangku, Tuah
Cucu ini sedih
Melihat cucu-cucumu yang lain
Cucu ini cemburu
Melihat cucu-cucumu yang lain
Cucu ini letih
Melihat cucu-cucumu yang lain.

Moyangku, Tuah
Perpaduan dalaman kian membusung
Durinya merata-rata
Dihasuti penjajah luar
Rela mengkhianati bangsa sendiri.

Moyangku, Tuah
Sudah 500 tahun kesultanan jatuh
Akibat perpecahan dan khianat
Cucu ini generasi baru
Telah nampak kembali
Peristiwa itu berulang sudah.



--------ToKaN AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment