Saturday, December 17, 2011

Cintaku, Almora

Bayanganmu kini
Makin pudar
Dari pandangan perspektif ini
Semakin sukar.

Tidak banyak jejak
Yang dapatku kejar
Kerana kau seakan dapat mengelak
Dan aku mati terdampar.

Cintaku, Almora
Sama sekali tidak pernah padam
Walau dihentam ombak dan gelora
Aku hanya berdiam.

Hanyut kembali kini
Akibat lara yang membara
Kian parah dari hari ke hari
Almora.

Ku ingin tatap potretmu
Hingga hembusan yang terakhir
Moga kita bertemu
Di akhir.

Senyumanmu itu
Membuat hati bertambah sayu
Tatkala angin pagi bertiup
Aku jadi layu.

Aku cuba lari
Namun bayangmu menghantuiku
Dari hari ke hari
Membuat aku merinduimu.

Cintaku, Almora
Masih kekal dan pasti kekal
Walau cubaan melanda
Aku hadapinya dengan cekal.

Ku harap dapat jejak
Ke tapak itu
Mengenang sejenak
Dirimu di situ.

Semakin aku cuba, Almora
Semakin jauh kau lari
Cinta ini semakin lama
Semakin tidak terperi.

Cintaku, Almora
Kau di syurga
Alangkah mulianya
Jika kita bersama.

Cintaku, Almora
Mengenangkan kamu
Cukup bermakna
Buat diriku.



--------ToKaN-AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment