Sunday, August 8, 2010

Ekspresi Kocakan

Mentari bertukar merah kejingaan
Cahayanya membias di muka air
Kocakkan air terlihat
Di mana kehidupan laut di bawahnya masih ligat
Mencari rezeki.

Di hulu sana
Seorang nelayan tua melabuhkan hasilnya
Tidak begitu lumayan
Dia sedikit mengeluh
Sambil melihat muara sungai.

Kemudian, berlalulah mereka
Air berkocak kembali
Akibat lontaran batu kepadanya
Tiada hentinya
Namun ianya agak bersahaja.

Riak muka
Seperti memendam perasaan
Hampir menangis
Sekali-sekala kepalanya tunduk
Memberi tanda hampa dan sugul.

Selepas itu
Tangan masuk ke kocek
Merenung ke arah jauhari
Air mata bergenang
Dan
Lalu aku pergi
Tunduk bersama iringan air mata.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

Bunga Keluhan

Matamu nan menawan
Sekilas pandanganmu
Mampu memikat insan
Walaupun dengan memandang
Ianya sangat indah.

Ku tatap wajahmu
Matamu yang kekal murni
Senyuman yang meruntun hati
Kecantikan dan kebijaksanaanmu
Menjadi buruan.

Aku sentiasa menunggumu
Walaupun aku tahu ianya hanya sia-sia
Walaupun aku tahu kau tetap akan
Ludahi aku
Aku tetap berdiri dan menantimu.

Jauh kau pergi
Aku sebenarnya menunggu masa untuk
Meluahkan perasaan kepadamu
Terimalah aku seadanya
Temanilah aku
Walaupun hanya seketika.

Ain
Aku sukakan kau
Aku cintakan kau
Aku sayangkan kau
Temanilah aku
Sebelum ianya datang dan berlalu
Pekalah sedikit terhadapku.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

Saturday, August 7, 2010

Baby

My dear baby
Your voice waking me up
In morning and even at night
You certainly do.

I like to see you smile
I love to see you laugh
I worry and nervous when you cry
And when you sleep
It makes me smile
And satisfy.

Be strong baby
Just take it easy
Let God guide you
And them
To a straight-promises path.

I sympathise for your life
When you grown up
You will realise it
Just pray to God
And you will get a light
In your life.

Baby Aish
And then a fine woman
Just be moderate
And continue your pray
In the future.
Be a good girl

Man In The Rain

There's rain cats and dogs
Lightning strikes earth
People searches for a shelter
And warm up themselves.

At the end there
A man in a black coat
With his leather hat
And a nice blended Cuban
Walks in the rain
Ignoring the weather.

No umbrella
Or even a rain coat
Rain sparks all over him
He just simply walks
And his eyes on the road.

He passes away from them
People just stare
Some talks bad behind
And there's some laughs
What the?

That's the human
Enjoy people suffers
The man just ignoring them
Continue his walks
Towards nowhere
He is the man
In the rain.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

Doa Di Akhir

Sekali lagi
Dihina dan diperlekeh
Dicerca dan diejek
Kekusutan diadun bersama kegusaran
Ditambah pilu dan kemarahan
Yang hanya mampu ditahan
Dengan kesabaran.

Semakin besar dugaan hidup
Apabila semua telah pergi
Mencapai cita dan cinta
Di puncak sana
Atau di pesisir situ
Aku berdiri keseorangan
Menahan keperitan di dada.

Ini sahajalah yang mampu aku luahkan
Kerana siapalah aku
Untuk mengadu simpati
Aku insan hina
Berdosa dan jahat.

Aku semakin jauh ketinggalan
Aku semakin lemah
Disebalik keceriaan, aku berduka
Tidak berubat
Sepi menjadi teman
Selama 6 tahun.

Aku setiap hari
Menunggu perkataan darimu
Walaupun sepatah atau satu huruf
Ia melengkapkan hariku
Walau kau berkata
"Aku benci kau".

Apa agaknya khabar pen yang aku beri?
Adakah ia berada dalam bekas penselmu?
Atau ia berada di pusat pembuangan sampah?
Aku tidak tahu
Jikalau kau masih menyimpan atau menggunakannya
Aku rasa sungguh terharu
Terima kasih.

Bertahanlah, wahai diri
Bersabarlah, wahai hati
Kita wajib redha dengan ketentuan-Nya
Agar mendapat rahmat
Menempuhi segala rintangan
Yang cukup memberi kesan
Di masa kini dan seterusnya.

Bantulah aku, Ya ALLAH!
Berilah dia kejayaan
Pahala dan syurga
Ya ALLAH, ampunkanlah dosanya
Sesungguhnya aku redha kepada keputusanmu
Agar dia senang
Di masa hadapan
AMIN.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------