Cahayanya membias di muka air
Kocakkan air terlihat
Di mana kehidupan laut di bawahnya masih ligat
Mencari rezeki.
Di hulu sana
Seorang nelayan tua melabuhkan hasilnya
Tidak begitu lumayan
Dia sedikit mengeluh
Sambil melihat muara sungai.
Kemudian, berlalulah mereka
Air berkocak kembali
Akibat lontaran batu kepadanya
Tiada hentinya
Namun ianya agak bersahaja.
Riak muka
Seperti memendam perasaan
Hampir menangis
Sekali-sekala kepalanya tunduk
Memberi tanda hampa dan sugul.
Selepas itu
Tangan masuk ke kocek
Merenung ke arah jauhari
Air mata bergenang
Dan
Lalu aku pergi
Tunduk bersama iringan air mata.
--------ToKaN AL-MaNSuR--------
No comments:
Post a Comment