Friday, August 6, 2010

Sorotan Hampir Setahun

Nampaknya sudah hampir setahun
Sejak kita mula bersua
Berbual-bual, berkata-kata
Dan saling bertegur sapa
Di paparan alam siber.

Pada masa itu
Aku mula jatuh hati terhadapmu
Kerana kau datang
Menyelamatkan aku daripada kekecewaan melampau
Di bulan Ramadhan yang amat mulia
Kau seperti bidadari.

Dan pada masa itu juga
Aku cuba merapatimu
Namun, entah bagaimana
Naluri ini berkata cukup
Menyuruh aku berundur daripada mendekatimu.

Aku tetap degil
Hingga sekarang
Cuba berinteraksi
Cuba mendapat perhatianmu
Bila aku tahu
Kau terpaut dengan insan lain
Berderai bertaburan berdarah
Hatiku.

Aku terlalu...
Susah untuk rungkaikan perasaan itu
Segala komen aku di halamanmu
Telah aku buang
Kerana aku tahu
Ianya menyemakkan pandanganmu
Di situ.

Hampir setahun, Ain
Sejak kita berkata-kata
Perkembanganmu aku ikuti
Kau kini di menara gading
Menggapai cita dan cinta
Yang membahagiakanmu
Kelak.

Aku di sini, Ain
Setiap hari menatap wajahmu
Menahan perasaan
Dan air mata
Yang akhirnya tewas
Dengan deraian air mata
Yang tidak diketahui kau.

Betapa hancurnya hatiku, Ain
Kerana kau menyatakan
"I hate you".
Aku hanya membalas, "Ok".
Aku tidak ingin melaratkan perkara itu
Sekali lagi kau merobek hatiku.

Ain,
Bencilah aku
Hinalah aku
Ludahlah aku
Dan maafkanlah aku kerana menyintaimu.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment