Nampaknya aku semakin jauh dari dia...
Masakan tidak, aku ini adalah seorang yang tidak sempurna...
Bodoh pula itu...
Aku sudah berkali-kali makan hati dengan sikapnya terhadapku...
Walaupun aku boleh tahan dengan sikap itu, tapi akhirnya aku rebah...
Mula dari aku ingin merapatkan diriku terhadapnya, aku tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya...
Kalau aku berbual dengan dia di YM, dia tidak pernah lekang dengan kata-kata yang berbaur kesat terhadapku...
Ada sahaja yang akan terpancul keluar...
Namun, apakan dayaku untuk menahannya...
Perasaan aku makin lama dipendam, makin pudar pula aku lihat...
Jujur aku katakan yang aku memang menyintainya...
Dialah perempuan yang menepati ciri-ciri idamanku...
Tapi, dia makin lama, makin hilang daripada aku...
Aku akan terus tabah menghadapi kehidupanku yang mendatang...
Paling aku tidak tahan dengan kata-katanya ialah pada hari raya yg ke...
Maaf, aku tidak ingat pula...
Aku menulis salam lebaran, memohon kemaafan, dan akhir sekali aku bertanya macam mana peperiksaan percubaan yang lepas...
Setiap hari aku menunggu jawapannya...
Akhirnya, ianya berbalas...
Anda mahu tahu apa yang dibalasnya terhadap mesej aku?
-trok dowh...
Aku tidak tahu apa yang aku nak cakap lagi...
Aku sudah ternganga...
Hampa sungguh hati ini...
Memang menusuk ayat itu ke dalam sanubariku...
Disebabkan ayat itu, aku mahu hilang daripada dirinya...
Biarlah dia berbahagia kelak...
-------ToKaN AL-MaNSuR--------
No comments:
Post a Comment