Pejam celik, tidur bangun, jalan balik, makan minum...
Sedar tidak sedar SPM semakin menjelang tiba...
Oh, tidak...
Aku makin lemau rasanya...
Masakan tidak, keputusan peperiksaan aku banyak yang almarhum walaupun ada yang meningkat naik...
Biasalah, orang yang bodoh macam aku ini memang macam itu...
Tidak boleh berbuat apa-apa lagi...
Alat tulis aku pula macam ada dan tiada...
Macam-macam hal...
Apa-apa pun, aku tetap akan menghadapi SPM dengan tenang sekali...
Janji aku dapat jawab semua soalan dengan tepat, habiskan semua kertas, dan bercuti selama 2 minggu sahaja...
Dalam masa 2 minggu itu sahajalah aku dapat meluangkan masa bersama rakan-rakanku...
Selepas itu, aku akan terus bekerja di kedai kraftangan rakanku di Mini Malaysia, Melaka seperti biasa...
Kita beralih topik sementara...
Sebentar tadi, aku menjengah ke halaman blog harapan ke-8ku...
Wah, seperti yang dijangka...
Keputusan peperiksaan yang sangat baik...
Jauh lebih baik daripada aku yang dungu ini...
6A...
Huh, aku cuma dapat 2A sahaja...
6 almarhum...
Terukkan?
Dengan keputusan itu aku nak pergi meminta sambung pembelajaran di universiti kelak...
Jangan haraplah...
Aku tidak berani ambil risiko itu...
Apa-apa pun aku berharap kepada semua calon SPM 2009...
Jawablah dengan tenang...
Ingatlah ALLAH...
Jawab ikut format soalan...
Jangan meniru...
Aku berharap kita semua akan berjaya kelak...
Sekian sahaja...
--------ToKaN AL-MaNSuR--------
No comments:
Post a Comment