Sunday, May 23, 2010

Hati, Luka, Tangisan, dan Darah.

Lara di hati
Masih berdarah
Sudah diguris
Sebanyak 10 kali.

Walaupun parah
Aku tetap mencari
Menunggu dan melihat
Orang yang telah melukainya
Dari jauh.

Apabila aku ternampak mereka
Aku akan segera beredar
Kerana
Aku tak sanggup.

Hidup ini aku teruskan
Luka masih mengalir di hati
Tangisan di malam hari
Memendam perasaan.

Mereka ialah
Insan terbaik
Aku hanyalah
Seorang pemuda
Cacat, hitam, dan rongak
Jahat dan menyakitkan hati
Aku cuma penyibuk sahaja.

Kata-kata mereka
Penuh harapan bagiku
Memeberi semangat
Untuk hidup
Tapi,
Kata-kata mereka
Juga pemusnah harapan
Dan merobek hati
Mencetuskan pendarahan.

Luka di hati
Menunggu penawar
Tetapi setiap kali penawar itu hadir
Ia pergi dengan meracuni
Hati yang tulus.

Hidup dengan luka lara di hati
Tanpa sokongan atau bantuan
Mahupun harapan
Amat perit
Dan aku perlu meneruskannya
Dengan kesedihan
Hingga ke akhir.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment