Maaf
Sekiranya nukilan ini mengguris hati
Aku tak ingin lihat kau berduka
Renungkanlah ia sebaiknya.
Maaf
Sekiranya aku ada berbuat silap terhadapmu
Aku tahu kau susah untuk memaafkanku
Tapi...
Maaf
Kerana aku menyimpan perasaan terhadapmu
Aku mendambakan disisi ini
Tetapi, ianya tetap kosong.
Maaf
Kerana telah mengganggu hidupmu
Aku tidak patut buat begitu
Aku sendiri akan pergi
Tidak perlu untuk kau kisahkan ia lagi.
Maaf
Kerana telah menangis keranamu
Walaupun kau tidak merasainya
Aku tetap menahannya
Sudah lama aku parah.
Maaf
Kata-kataku telah jadi debu
Kata-katamu menjadi permata
Yang akan tersimpan
Sebagai kenangan
Di sanubari ini.
Maaf
Kau telah hilang dalam doaku
Aku meminta yang terbaik untukmu
Tapi apakan daya
Aku cuma berharap
Pada benda yang tidak pasti.
Maaf
Kerana telah mencuri masamu
Renungkanlah ia
Kau mungkin tidak peduli
Tetapi fikirkanlah.
Maaf
Aku tahu aku tak patut dimaafkan
Aku tahu salah kerana menyimpan perasaan padamu
Bencilah diriku
Aku selalu dibenci.
Maaf
Sekiranya kau menangis
Kau tidak perlu meminta maaf
Aku sudah memaafkanmu
Terima kasih atas segalanya.
--------ToKaN AL-MaNSuR--------
No comments:
Post a Comment