Thursday, December 2, 2010

Renungan Pengorbanan

Di saat ini
Detik-detik kehampaan ditempuhi
Pergorbanan perlu ada
Kesabaran menjadi semangat
Asas agama menjadi kekuatan.

Pergorbanan ini perlulah berterusan
Janganlah harapkan balasan
Yang penting adalah
Ikhlas dalam pergorbanan
Kerana keikhlasan itu
Akan terbalas juga.

Oleh itu
Marilah kita bersama-sama
Berkorban
Atas niat yang baik
Disertai dengan ikhlas
Dan sentiasa bersabar.

Renungkanlah
Apa yang telah kita korbankan
Renungkanlah
Apa yang telah orang lain korbankan
Renungkanlah
Banyakkan bersabar
Serta redhalah
Dengan apa yang berlaku.



--------ToKaN AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment