Thursday, December 30, 2010

Ulang Tayang II

Pukul 1.23 pagi, Khamis
Bintang bersinar di langit sana
Angin malam kadang-kala mencengkam tulang hitam
Pengambilan kafein menyukarkan lagi
Untuk roh pergi sementara.

Apa sahaja aku pandang
Semuanya mengelapkan mata
Tetapi, mata dalaman aku ada
Menerangi dam menyedarkan aku
Insan alpa di dunia ini.

Pemergianmu secara halus-halusan
Bagaikan awan mendung yang berarak
Menyelubungi aku
Tidakku sangka, kata-kata Sastera Melayu benar
Kata-kata adalah lebih tajam daripada pedang
Tapi, aku tiada pelindung besi
Tikaman pedang itu sangat meninggalkan kesan
Yang mendalam.

Semoga cahaya sentiasa bersamamu
Diiringi bintang-bintang terang lagi bersinar
Membawa kebahagiaan dalam kehidupanmu
Oh, aku pergi sambil melambai
Tanpa memandang
Kerana amat kabur mataku untuk memandang situasi itu.

Aku harap kita tidak membisu lagi kelak
Namun, bergantung pada keadaan
Mungkin cahaya menyinarimu atau aku
Terpulang pada situasi.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment