Tuesday, January 18, 2011

Bayangan

Tidakku sangka
Lamunan lama kembali
Mengikuti kehidupan baru aku
Di pantai timur
Yang sekarang ini
Pada musim tengkujuh.

Aku cuba tepis realiti di hadapan mata
Namun, tidak boleh
Bayangan wajahmu berada di hadapanku
Ke mana aku pandang
Ke mana aku jengah
Wajah muliamu terpacul
Membuatkan aku sedikit terpaku.

Oh, sungguh nikmat pandangan itu
Aku berharap kau baik sentiasa
Melakukan mahmudah
Sesama rakan dan lawan
Kerana
Aku percaya padamu.

Hembusan bayu timur ini
Bagaikan meniup kembali
Segala perkara kita lakukan dahulu
Segala pahit dan manis
Segala kesibukan orang untuk mendapat perhatianmu
Aku, tetap biasa berdiri
Melihat.

Oh, Ain
Tidak pernah luput wajahmu di pandangan mataku
Tidak pernah aku lupa segala perbualan kita bersama
Aku harap kau baik sentiasa.

Salam perbaharuan!


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment