Friday, January 21, 2011

Warkah Timuran

Malam,
Hembusan timur laut sungguh mendayu
Bagai mengangkatku lalu terapung
Hiba rasa hati
Mula menyelubungi diri.

Lampu jalan berwarna oren
Membias cahaya ke sekitarnya
Bangku-bangku kayu di bawah
Di malam hari
Bagaikan terduduknya sebuah misteri
Dari pandangan mata pertama.

Sepanjang aku di sini
Di pantai timur ini
Aku kelihatan agak selari
Dengan niat aku ke sini
Iaitu untuk memulakan kehidupan baru
Dan kekalkan masa lalu.

Aku tidak mungkin
Dan tidak akan
Melupakan segala kenangan
Pahit manis, penat lelah
Keluh kesah dahulu
Tahun 2010 begitu mencabar
Dalam diam, ia mengajar.

Pandangan mataku
Tetap sama
Punyai tiga pandangan
Bagaikan kamera hidup
Yang pasti
Setiap pandangan
Akan mengaburi mata
Dan aku gunakan mata ketiga.

Akhir ini,
Aku ingin menyatakan
Harapanku mungkin terhenti
Pada nombor dua belas
Dan aku pasti
Aku akan gunakan kembali
Kedua-dua belas harapan itu
Yang aku yakin
Aku berdoa untuk mereka.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment