(benda ini wujud dalam dunia yang nyata)
Kekentalan, ketahanan, kelasakkanmu
Menjadi tunjang pergerakan
Kepada aku dan sesiapa sahaja
Yang pernah menuntuni kamu.
Setiap anjakan kayuhan
Membawa aku ke hadapan
Biarpun cabaran sebarang perjalanan
Tetap bersahaja kita lalui.
Aku mencantikkan kau
Menyinarkan kau
Membaik pulih kau
Agar menjadi
Lebih berguna
Di masa mendatang.
Tapi apakan daya
Usia emas memanggil
Serta melambai ke arahmu
Tiupan kekaratan
Menjejaskan prestasimu
Untuk bergerak.
Sekarang
Kau di situ keseorangan
Dibiarkan usang
Berkarat dan tiada gunanya
Acapkali ditimpa hujan dan kepanasan
Jenuh kau menunggu
Hari tua yang menjelang.
Telah banyak kita lalui bersama
Penat lelah aku kau rasai
Ketika aku sedih, kau menemaniku
Kau memang setia
Tiada tolok bandingannya.
Semuanya tinggal kenangan
Kau akan terus berada di situ
Melalui hari-hari suram
Dan aku pasti
Kita akan bersama kembali
Melayari kehidupan berduri ini.
--------ToKaN AL-MaNSuR--------
ooh. ko wat aku miss gile kat basikal aku yg da jadi besi karat uhh.
ReplyDeletehaha...
ReplyDeletepuisi2 yang aku buat semua untuk kita mengingat kembali benda/perkara yang kita pernah buat/miliki dulu.
pait nie...
ReplyDeletenie ler basikal yg bwak g terawih...
hahaha...