Sunday, June 20, 2010

Kembali Dalam Doa.

Sudah berkali
Aku mencuba
Namun setiap kali mencuba
Ianya gagal.

Adakah ianya satu khayalan?
Tidak
Kerana aku masih nampak dengan jelas
Atau ianya satu perangkap.

Setelah kau terima
Tika aku masih mentah
Dan sekarang aku matang
Kau menghilang.

Puas aku mencarimu
Namun, ianya sia-sia
Ku tatap wajahmu berkali-kali
Tunduk kesugulan
Memendam perasaan.

Kau kini berada jauh
Namun, kau tetap dekat
Di hati dan minda
Walaupun aku tahu
Aku tiada tempat
Di hati dan mindamu.

Peribadimu
Keluargamu
Bertaraf tinggi
Aku?
Huh, tetap di sini
Menjadi sepi
Tanpa sesiapa di sisi.

Aku hanya mahu
Kau dan aku
Bersama sebentar
Walaupun selama seminit
Dan aku ingin kau tahu
Bahawa aku menyintaimu
Sebelum nikmat itu hilang.

Aku minta hanya seminit sahaja
Luangan masa itu
Agar aku dapat luahkan isi hatiku
Dan sekiranya kau terima atau tidak
Aku tetap begini
Mengarang luahan.

Aku pasti
Kau akan berjaya
Kau telah kembali dalam doaku
Dan aku harap
Segala doaku dan doamu
Dimakbulkan-Nya
AMIN.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment