Ayah,
Sumber utama aku ke dunia
Membelaiku walaupun aku di dalam rahim ibu
Menunggu saat aku dilahirkan.
Ayah,
Di manakah kau semasa aku dilahirkan?
Di manakah kau semasa aku bayi?
Di manakah kau sewaktu aku teresak-esak menangis?
Di mana, ayah?
Ayah,
Telah menyumbangkan peluh dan keringat
Untuk menyara keluarga
Pahalamu menggunung
Namun, di manakah tunjukan agamamu?
Ayah,
Segala tindak-tandukmu terhadapku semasa aku remaja
Telah mengajarku erti kehidupan
Pada saat kau telah tiada lagi di sisi-sisi
Untuk memperlekehkan aku.
Ayah,
Tunjukkanlah keluargamu jalan yang benar
Berubahlah ke arah lebih positif
Agar kita selamat
Di dunia
Mahupun di akhirat.
--------ToKaN AL-MaNSuR--------
No comments:
Post a Comment