Izinkan aku
Menatap wajahmu
Yang sungguh menawan
Dan menjadi rebutan.
Izinkan aku
Berbicara denganmu
Walau aku tahu
Kau mungkin menolaknya.
Izinkan aku
Berjalan denganmu
Di dalam hutan simpan
Atau di kawasan hutan konkrit
Kerana aku ingin
Menjadikan ia memori.
Izinkan aku
Luahkan perasaan terhadapmu
Telah berdarah perasaan ini
Kerana terlalu dan asyik menahan
Dan seperti yang dijangka
Kau tak mungkin menerimaku.
Izinkan aku
Menyintai dirimu
Kerana kau adalah insan mulia
Sempurna segalanya
Dan aku tahu
Kau tidak menyintaiku
Walau sebesar zarah sekalipun.
IZINKANLAH...
--------ToKaN AL-MaNSuR--------
No comments:
Post a Comment