Saturday, September 11, 2010

Keluhan

Aku sudah jangka dimana raya tahun ini lebih suram dan hiba.
Sedih pun ada juga tatkala banyak perkara telah berlaku kepadaku.
Apa boleh buat, redha dan sabar sahajalah.
Tidak ada sesiapa yang mahu dengar rintihan.

Terima kasih, ayah.
Kerana sudi luangkan masa bersama kami, anak-anakmu.
Terima kasih, ayah.
Sebak juga pabila aku salam dan meminta ampun daripadamu.
Tahan sahaja.

Duit raya sedikit pun aku tidak merungut.
Mungkin bukan rezeki.
Sabar.
Aku merungut apa-apa pun, bukannya semua orang peduli.
Lagi orang benci adalah.

Aku mengeluh banyak-banyak pun macam itu juga jadinya.
Tiada apa yang berlaku.
Namun, pengajaran daripada itu adalah:-
REDHA, SABAR, DAN MEMAAFKAN

Walau apa-apa pun yang berlaku.
Aku tetap gunakan amalan di atas.
Supaya aku masih dalam laluan yang betul.
Insya-ALLAH.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment