Sepuluh hari terakhir
Bulan Ramadhan
Yang mulia ini
Telah tiba.
Sepuluh hari terakir
Adalah peluang keemasan
Yang patut kita ambil
Untuk kesenangan
Di dunia dan di akhirat.
Sepuluh hari terakhir
Di antaranya berlaku
Lailatul Qadar
Di mana malam itu
Bumi ini seperti diliputi rahmat-Nya.
Sepuluh hari terakhir
Tidak perlu di sia-siakan
Tingkatkanlah amal ibadat
Banyakkan berdoa kepada Illahi.
Sepuluh hari terakhir
Patut kita jalani
Dengan aktiviti mahmudah
Ia adalah kemuncak Ramadhan.
Sepuluh hari terakhir
Sedang berlaku
Marilah kita
Menyahut dan mengalu-alukan
Kedatangannya.
--------ToKaN AL-MaNSuR--------
No comments:
Post a Comment