Monday, September 13, 2010

Peristiwa Raya Kedua

Raya kedua,
Aku tidak sangka sama sekali,
Kau berada di situ,
Lansung tidak tahu dan tidak menaruh,
Yang kau berada di situ.
Aku tidak perasan sedikit pun.

Tujuan aku datang ke situ kerana dijemput oleh tuan rumah,
Aku bersama abang-abang saudaraku dan rakanku di luar,
Menunggu beliau hadir untuk mengucapkan salam lebaran,
Dan terima kasih kerana menjemput kami,
Ke rumah beliau yang tersenggam indah.

Layanan terbaik diberikan,
Kadang-kadang aku menoleh,
Mencari beliau,
Lalu, beliau hadir dan kami bertukar salam.

Ketika aku mahu pulang untuk ke rumah lain,
Aku bertentang mata dengan seorang wanita,
Yang aku rasa seperti pernah mengajarku,
Pandangan kali kedua menyedarkan aku bahawa,
Dia adalah cikgu kelas tadikaku,
Dialah ibumu.

Badan aku sudah gelisah sedikit,
Manalah tahu kau mungkin berada di situ,
Pada mulanya aku menolak sangkaan itu,
Tetapi pabila aku pandang sebelah kiri,
Aku ternampak ayahmu,
Aku terkedu,
Aku tahu kau mesti ada di situ.

Sangkaan aku benar sama sekali,
Aku memandang sofa yang kau duduki,
Namun, ibumu menyapaku,
Aku gembira berjumpa dengan ibumu,
Yang mengajarku menulis ABC,
Dan mengajarku mengenal ilmu dunia dan akhirat.

Aku tahu kau masih di situ,
Ibumu memanggilmu agar kau memandangku,
Tetapi, aku segera beredar mencari tuan empunya rumah,
Mengucapkan terima kasih dan bertukar salam.

Ibumu tidak mahu mengalah,
Dia menyapaku lagi,
Aku memandang kau sekilas sahaja,
Ternyata kau tunduk kebawah,
Tanda kepenatan,
Lalu, aku berbual pantas dengan ibumu,
Dan segera beredar.

Kini, tidakku sangka lagi,
Aku ingat kau hendak melupakan aku,
Setelah aku mengaku kepadamu,
Tetapi, aku anggap,
Tindakanmu itu adalah salah satu cara,
Menjernihkan hubungan silaturrahim,
Antara kita,
Aku harap ianya tidak akan berulang,
Walaupun kita diam membisu,
Selama-lamanya.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment