Monday, September 6, 2010

Koleksi Pantun Raya

*sebenarnya aku dah hold pantun ni selama setahun. lama ak? pantun ni aku buat time dah nak dekat SPM. apa-apa pun, ENJOI!

1. Berjalan-jalan di dalam hutan,
Tiba-tiba ternampak gorila,
Jika sudah sampai di Kelantan,
Ingat-ingatlah orang di Melaka.

2. Ku ingat selinit, rupanya gagak,
Gagak bertenggek kerana penat,
Raya pun raya jugak,
Jangan lupa SPM dah dekat.

3. Bunga kebangsaan itu bunga raya,
Cantik berkembang di pagi hari,
Janganlah asyik kira duit raya,
Lebih mulia lagi kira amalan sendiri.

4. Wak Leman pergi berburu,
Senjata di tangan sudah tersedia,
Walaupun puasa telah berlalu,
Janganlah melantak tak ingat dunia.

5. Bunga tayar, bunga kekwa,
Teh bunga kekwa sedap diminum di tengahari,
Apa hal ketawa?
Lawak nau ke pantun ni?

6. PCD bergaduh dengan Lim Tat,
Bergaduh sampai jatuh perigi,
Janganlah kita gembira sangat,
Trial pergi, SPM menanti.

7. Jatuh perigi, jatuh tangga,
Unta di pulau mati kehausan,
Hari raya menjelang tiba,
Baju raya kau dah beli?

8. Apa benda beli baju raya?
Setakat guna duit mak bapak,
Bulan puasa pun tak puasa,
Ada hati nak sambut raya, nak kena sepak?

9. Anak kambing meragut rumput,
Meragut rumput di rumah Nini,
Apa benda kau mengarut?
Aku puasa penuh tahun ini.

10. Nampak awek cun-melecun,
Nak sahaja aku bawa dia lari,
Janganlah kita bermain mercun,
Kelak memakan diri sendiri.

11. Kerbau Mail berjalan lengang,
Jalan lengang sambil minum kopi ais,
Main meriam macam berperang,
Akhirnya berperang juga dengan polis.

12. Berjalan-jalan di jalan raya,
Bawa laju, terlanggar babi,
Kalau tuan pergi beraya,
Rumah sendiri dah berkunci?

13. Meriam dibuat daripada buluh,
Bunyi berdentum memang kuat,
Raya pertama melantak sungguh,
Puasa enam camna nak buat?

14. Bangun, bangun sudah siang,
Masa terbaik untuk berlayar,
Hari raya disambut riang,
Zakat fitrah dah bayar?

15. Ada bangkai impala yang hancur,
Lalu sikit, bau memang ketat,
Tunduk kepala, salam dihulur,
Mohon maaf, dunia akhirat.

16. Pergi bercuti di negara Cuba,
Orangnya memang baik-baik belaka,
Hari raya menjelang tiba,
Bermaaf-maafanlah antara kita.

17. Me'on baru belajar puasa,
Berpuasa hanya setengah hari,
Kalau buat rumah terbuka,
Jangan lupa jemput kami.

18. Bila dengar orang bercakap,
Rasa macam iri hati,
Kalau ada salah dan silap,
Maafkanlah dengan seikhlas hati.

19. Ada budak rambut botak,
Perangai dia macam ye-ye,
Kalau duit raya dah banyak,
Sedekah-sedekahkanlah ia.

20. Hari Merdeka disambut ria,
Disambut pada bulan puasa,
Akhir kata dari saya,
Selamat hari raya.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment