Friday, February 4, 2011

Mimpi Berulang

Tidakku sangka
Sekali lagi
Kau muncul dalam mimpiku
Mungkin kerana janjiku
Bahawa aku tidak mungkin
Melupakanmu.

Oh, sehingga kini
Mimpi itu bermain di fikiran
Aku berhadapan denganmu
Di mana kau bertudung
Dan berbaju kurung
Warna merah jambu cair.

Sungguh lega diriku ini pada masa itu
Kerana dapat melihat wajahmu
Berbicara, berbual
Tentang itu dan ini
Tanpa mempedulikan orang di sekitar
Tidak sama sekali.

Namun, akhirnya
Aku pergi
Pabila aku bertanya padamu satu soalan
Aku lupa apa yang aku tanyakan
Namun, apa yang aku ingat
Kau menunjuk jari telunjukmu ke kiri
Dan aku terus pergi ke sana
Tanpa menoleh.

Apa sebenarnya maksud situasi itu?
Aku tidak tahu
Sehingga kini aku kusut
Memikirkannya.

Kini, aku berharap
Agar aku dapat bermimpi situasi sama
Di lain hari
Supaya aku mengerti
Apa yang tersirat
Dalam mimpi itu.


--------ToKaN Al-MaNSuR--------

2 Tahun

(maaf kalau gambar ini menyingungkan anda)



Cheers! Pada hari ini, lebih tepat lagi bulan ini, Februari 2011, sudah 2 tahun aku menjadi blogger. Tersenyum juga aku. Apa yang ingin aku sampaikan adalah sudah 2 tahun aku menjadi lebih positif. Menjadi positif dengan membuat sajak, pantun, dedikasi. Tidak kira dalam BM atau BI. Akhir sekali, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menjadi follower dalam blog yang serba buruk ini.
Thanks a lot, mate! Nantikan lebih banyak karya-karya sajak daripada saya, --------ToKaN AL-MaNSuR--------. Wassalam.