Saturday, April 14, 2012

Jejak Pertama

Ratusan kilometer jauhnya
Aku pergi
Ke ibu kota
Jejakmu dicari.

Hujan lebat ku rintangi
Demi mencari jejak
Dirimu yang dicintai
Penat sedikit pun tidak.

Pabilaku terpandang papan tanda
Dan juga menara itu
Hatiku mencari gembira
Kerana ia di depan pintu.

Suasana masyarakat kota
Sudah pun sebati
Namun kau berbeza
Membuat aku mencintai.

Setibanya di situ
Aku mulakan jejakku
Dengan bantuan rakan
Mencari jalan.

Akhirnya, jejak itu terlihat
Dan aku cuba fahami
Apa yang kau lihat
Semasa kau di sini.


--------ToKaN Al-MaNSuR--------