Saturday, September 26, 2009

MENANTI SEBUAH JAWABAN-PADI...

Aku memang suka sangat lagu ini...
Sebab liriknya macam betul-betul kena dengan nasib aku dalam dunia cinta...
Ini dia liriknya...
Fahamkanlah maksudnya...


Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu
Seiring jejak kakiku bergetar
Aku tlah terpaku oleh cintamu
Menelusup hariku dengan harapan
Namun kau masih terdiam membisu

Sepenuhnya aku...ingin memelukmu
Mendekap penuh harapan...tuk mencintaimu
Setulusnya aku...akan terus menunggu
Menanti sebuah jawaban tuk memilikimu

Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku
Semoga kau tau isi hatiku...
Dan seiring waktu yang terus berputar
Aku masih terhanyut dalam mimpiku

Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu

Thursday, September 10, 2009

KESABARAN YANG TERCABAR

Pada hari Rabu(9.9), aku temankan family aku pergi membeli-belah...
Lepas itu, kami berbuka di medan selera di Tesco...
Lepas berbuka dan sembahyang Maghrib, aku pun sangap rokok...
Dah la meja tempat di mana family aku duduk terbiar begitu sahaja...
Aku dah mula tercabar...
Kena jaga meja la pulak...
Tunggu punya tunggu, akhirnya bafrak aku pun sampai...
Aku kemudian cakap, "Ayah, orang nak gi jalan-jalan jap".
Bafrak aku pun cakap, "Jangan lama-lama, lepas ni nak beli baju raya ko lg"...
Aku dah blur, dan aku jalan cepat ke luar untuk menghisap rokok...
Lepas 5 minit, aku masuk balik...
Family aku pun apa lagi, bergeraklah menuju ke sekitar pasaraya yahudi itu...
Dengan ketiadaan troli pada kami, mak aku pun sapu sebuah troli yang tersadai di tempat kurma ke kismis... entah le, aku pun tak kaki nak ambil tahu...
Pergh, kesabaran tercabar lagi...
Rupa-rupanya, troli yang tersadai itu rosak roda hadapannya...
Hadui aii...
Dah le satu azab nak kena kawal benda tuh...
Macam bodoh je...
Lastly, bafrak aku offer aku beli baju raya...
Aku tolak sebab aku rasa macam tak rasa sangat raya tahun ni...
Maklumlah, orang nak jawab kertas SPM...


Keesokkannya pula, hari Khamis(10.9)...
Peperiksaan kertas Kimia pula...
Hadui, meninggal aku...
Sebab semalam aku tak sempat nak ulang kaji...
Balik pasaraya yahudi itu je, aku dah lemau...
Pergh, aku tahan lagi...
Tiba-tiba, masa dah nak dekat pukul 8, aku buka balik beg aku....
Aku dapati pencilbox aku tiada... Tertinggal dekat rumah...
AAARRRGGGHHH!!!
Nasib baekkk ada Ude Kude dan juga BroMa BIDIN kerana mereka berdua telah meminjamkan aku sedikit alatan tulis mereka....
Pukul 9 suku, kertas 1 kimia tamat...
Aku pun pergilah ke tandas untuk membasuh tangan kerana tanganku telah dicemari oleh dakwat pen...
Lepas itu, aku masuk dewan peperiksaan balik...
Lepak tepi bersama BIDIN-BIDIN yang lain...
Baru selak empat muka helai, kertas 3 kimia sudah bermula....
AAARRRGGGHHH!!!
Tekanan aku dibuatnya...
Akhirnya, tepat pukul 2.20 aku pun pulang ke rumah dengan chill sekali...
Sebab kertas 2 kimia menjadi penyelamat aku sebab senang sikit je... tak banyak...
OKlah, setakat itu sahaja untuk hari ini...
Kalau ada benda yang dirasakan patut aku muatkan dalam ruangan ini, aku akan muatkan....
Sekian sahaja, terima kasih....


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

Monday, September 7, 2009

ACARA BERBALAS PANTUN(DIAMBIL DARIPADA KASET UJANG TAHUN 90-AN) PART 2

bersambung...


DJ: Dipersilakan.
Shahrul Maizam: Saya tak boleh la...
DJ: Kalau tak boleh, saya minta siapa yang boleh.
Lim Tat: Saya boleh, saya, saya...
DJ: Oh, Cik Tat lagi. Silakan Cik Tat.
Shahrul Maizam: Takpe lah, kalau Cik Tat boleh, silakan.
Lim Tat: Terima kasih, shahrul. Kalau... sudah boleh pantun ka?
DJ: Eh, dah boleh dah.
Lim Tat: "Kalau tuan membeli helikopter,
Membeli helikopter di Gunung Daik,
Persatuan Negara memajukan negara,
Marilah kita membeli bendera."
DJ: Ya,(tepukan para penonton) itu dia Cik Tat. Nampaknya Cik Tat mempunyai semangat patriotik ye...
Cik Emma: Cik, cik. Saya nak jual pantun kat Cik Tat ni.
DJ: Ini sebentar. Nampaknya, suasana jadi hangat sekarang ini. Saya pun tak tahu siapa jual dan siapa yang membeli ini.
Cik Emma: Saya tak tahan dengan dia ni.
DJ: Silakan.
Cik Emma: Hah, dengar ni, Tat.
"Menjual helikopter di tengah bandar,
Bandar indah maju membangun,
Negara Malaysia, negara yang maju,
Perodua Kancil, kau dah beli."
Lim Tat: Haia, pantun keleta.
DJ: Bagaimana, Cik Tat. Boleh jawab? Peserta semua seolah-olah marah pada Cik Tat ni.
Lim Tat: Saya ingat ini pantun saya ada dengar dulu, boleh jawab.
"Dari mana mau ke mana?,
Dari Johor mau ke Kedah,
Kalau tuan pergi ke Kedah,
Jangan lupa beli laksa Kedah."
DJ: Ya, itu dia.(tepukan para penonton) Itu dia, Cik Tat. Ada lagi pantun?
Cik Ati: Ya, saya Ati nak bagi pantun pada Cik Tat la.
DJ: Kepada Cik Ati? Jadi, bagaimana Cik Tat.
Lim Tat: Boleh, saya takde kisah punya.
DJ: Silakan.
Cik Ati: Dengar ye, Cik Tat...
"Anak kendidi memakan babi,
Babi dimakan di tengah hari,
Kenapa budaya lepak menjadi-jadi?
Tolong jawab, Cik Tat di sana."
DJ: Ya, itu dia(tepukan para penonton). Budaya lepak, Cik Tat. Macam mana kita nak mengatasinya?
Lim Tat: Haia, itu pantun kendidi banyak orang ada pakai. Takda kisah. Saya boleh jawab. Pakai burung lain pula.
"Burung selinit atas pokok,
Burung merbok di bawah pokok,
Itu pokok ada burung selinit,
Apa lagi burung aaa?... Pakai burung gagak punya la... boleh aaa...
Aaa, burung gagak hidup dalam pokok,
Kalau tuan aaa, panjat pokok,
Budaya lepak bawah pokok."
DJ: Ya, itu dia(tepukan para penonton) jawapan daripada Cik Tat. Masih bertahan lagi Cik Tat. Kita hampir kesuntukan masa. Kita dengarkan satu lagi pantun, dipersilakan Persatuan Wanita.
Siapa yang berani ke hadapan. Ya, Rosemary. Silakan. Nak jual pada siapa ni?
Cik Rosemary: Cik Tat lagi, boleh?
DJ: Cik Tat lagi? Nampaknya semua serang Cik Tat.
Cik Rosemary: Dengar Cik Tat...
"Sana burung, sini pun burung,
Atas burung, bawah pun burung,
Kiri burung, kanan pun burung,
Depan belakang, di mana-mana pun burung."
DJ:(tepukan para penonton)Ini satu pantun yang mencabar, Cik Tat. Kalau tadi Cik Tat guna burung selinit, nampaknya Cik Rosemary guna lebih banyak burung lagi. Bagaiman, Cik Tat?
Lim Tat: Aaa... Saya tak mau pakai burung, saya mau pakai itu laut punya binatang.
DJ: Silakan.
Lim Tat: "Anak sotong dalam laut,
Anak laut dalam sotong,
Itu sotong berenang dalam laut,
Tidak boleh jumpa dalam Taman Burung."
DJ: Ya,(tepukan para penonton)boleh juga, Cik Tat. Dan dengan pantun itu tadi, maka berakhirlah sesi 'Berbalas Pantun' di Dewan Sekolah Rendah Tamil, Ulu Bertam, Melaka. Sehingga bertemu lagi di masa hadapan, MAJULAH PANTUN UNTUK NEGARA. Sekian, terima kasih...

Sunday, September 6, 2009

ACARA BERBALAS PANTUN(DIAMBIL DARIPADA KASET UJANG TAHUN 90-AN) PART 1

Watak-watak terlibat:-
DJ
Cik Ati
Cik Rosemary
Cik Emma
Saudara Lim Tat(suara Hamid Gurga)
Saudara Michael
Saudara Shahrul Maizam


DJ: Dari Dewan Sekolah Rendah Tamil, Ulu Bertam Hilir, Melaka, dipersembahkan 'Berbalas
Pantun'.
(diiringi paluan gendang dan tepukan para penonton)
DJ: Ya, salam hormat dan salam sejahtera, saudara. Kita bertemu dalam rancangan 'Berbalas Pantun' yang mempertemukan dua pasukan iaitu daripada Syarikat Pembuat Tayar di Johor Bahru dan Wanita Pengusaha Batik, Ulu Bertam Hilir, Melaka. Dan memperkenalkan tiga orang di sebelah kanan saya, ermm gadis-gadis jelita. Pertama, sila kenalkan diri saudari. Ermm, boleh kuat sikit tak?
Cik Ati: Saya... nama saya Ati.
DJ: Cik Ati ini memang penduduk asal Ulu Bertam ke apa ini?
Cik Ati: Tak
DJ: Ini duduk mana ini?
Cik Ati: Saya tadi datang ikut mak saya, jual kain.
DJ: Oh, ikut mak jual kain ya. Jadi, singgah di sini untuk menyertai 'Berbalas Pantun' la.
Cik Ati: Ya, saya tengok tadi takde orang berani masuk, saya masuk la.
DJ: Ah, ok... Jadi, yang sebelah Cik Ati ni, boleh kenalkan diri tak? Yang berbaju merah tu.
Cik Rosemary: Oh, nama saya Rosma. Tapi, panggil Rosemary.
DJ: Cik Rosemary ye... Cik Rosemary ni seorang penternak ikan ke apa ni?
Cik Rosemary: Mana ternak ikan, jahit kain.
DJ: Oh, jual kain.
Cik Rosemary: Sama duduk kat rumah.
DJ: Dan memperkenalkan peserta ketiga.
Cik Emma: Nama saya Emma.
DJ: Emma ye... Emma berasal dari mana?
Cik Emma: Saya asal Negeri Sembilan.
DJ: Ya(diselangi tepukan para penonton), itu dia peserta-peserta iaitu Wanita Pengusaha Batik, Ulu Bertam Hilir. Dan disebelah kiri saya iaitu wakil Syarikat Pembuat Tayar Johor Bahru. Perkenalkan peserta pertama.
Lim Tat: Aaa, saya Lim Tat.
DJ: Ini saudara pembuat tayar?
Lim Tat: Aaa, saya bukan bikin tayar, itu saya tampal tayar punya.
DJ: Ok, sebelah pula yang berbaju biru ni?
Michael: Aaa, nama saya Michael, tapi nama sebenar saya Nik Wafdi.
DJ: Nik Wafdi ye...
Michael: Tapi, semua panggil Michael ni...
DJ: Kira Michael ni nama glamour la... Ermm, yang di hujung sekali, sila perkenalkan diri saudara, yang bermisai lebat tuh.
Shahrul Maizam: Saya Shahrul.
DJ: Shahrul Maizam ke?
Shahrul Maizam: Ya, macam mana saudara boleh tahu ni?
DJ: Oh, saya tengok dalam borang pendaftaran tadi. Tanpa melengahkan masa lagi, kita mulakan acara berbalas pantun sebentar lagi. Kita dengarkan pantun pertama daripada Persatuan Wanita Pembuat Batik, Ulu Bertam, Melaka. Dipersilakan.
Cik Ati: Saya jual pantun ni ye...
"Rama-rama terbang melayang,
Terbang melayang di waktu senja,
Kenapa orang bunuh orang,
Sungguh jahat orang itu".
DJ: Ya, itu dia. Satu pantun yang menceritakan tentang kehidupan manusia. Bagaimana jawapan dia? Yang berbaju biru, sila jawab.
Michael: Dengar ye...
"Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua,
Dua tiga kucing berlari".
DJ:(tepukan para penonton)Ya, sungguh tepat jawapannya. Kita dengarkan pula pantun kedua. Sila, Cik Tat.
Lim Tat: Aaa, saya mau jual pantun sama itu ujung sekali aaa...
"Anak kambing berjalan seorang diri,
Membeli baju di rumah Norkumala,
Kalau tuan membeli baldi,
Kenapa ingin menempah tayar?"
DJ:(tepukan para penonton)Ya, itu dia pantun dari Cik Lim Tat. Sungguh dalam maknanya. Mungkin satu falsafah agaknya. Aa, boleh jawab?
Cik Emma: Susahlah nak jawab, Cik Tat.
Lim Tat: Kalau tak boleh, tengah pun boleh jawab.
DJ: Dipersilakan, Cik Tat pilih yang tengah pula. Sila jawab.
Cik Rosemary: Dengar ya...
"Dua tiga kucing berlari,
Mana sama si kucing belang,
Ku pinang-pinang, tak dapat-dapat,
Cik Tat yang ku pingin tak dapat nak canting batik".
DJ: Ohoi, ini lagi dalam maknanya. Nampaknya, peserta kita hebat-hebat belaka. Masing-masing mengutarakan pantun-pantun yang terkini. Jadi, kita dengarkan pula...
Lim Tat: Saya mau jual pantun lagi satu boleh ka?
DJ: Oh, nampaknya Cik Tat betul-betul nak jual ye... Silakan, Cik Tat.
Lim Tat: "Anak tenggiri di tengah kolam,
Anak kolam di tengah tenggiri,
Kalau ingin membeli ikan tenggiri,
Janganlah membeli di dalam kolam".
DJ:(tepukan para penonton)Ya, sungguh hebat Cik Tat ini rupanya. Seorang berbangsa asing tapi mampu buat pantun yang baik sekali. Ada sesiapa yang ingin jawab?
Cik Emma: Saya jawab Cik Tat ye...
"Dua tiga monyet terbang,
Mana nak sama tupai terbang,
Kalau kita orang yang baik,
Tentu kita banyak wang".
DJ:(tepukan para penonton)Ya, pantun yang sungguh bertepatan. Nampaknya, kita tidak tahu maksud yang tersirat dalam pantun itu tadi. Sekarang, kita dengarkan pula pantun peserta Wanita Pembuat Batik, Ulu Bertam, Melaka kepada pembuat tayar. Nak jual pada siapa ni?
Cik Emma: Saya jual je lah ye... Dengar aa...
"Dua tiga kendidi berlari,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik, ditanak sudah".
DJ: Ya,(tepukan para penonton) itu dia pantunnya.
Shahrul Maizam: Pantun itu agak sukar untuk dijawab, tapi saya cubalah...

--------bersambung Part 2--------

HUJAN YANG TURUN

Angin malam berderu dengan hebat sekali
Bunyian dedaunan di pokok dan dedaunan di bawah memecah kebuntuan malam
Air hujan sudah mula menitis
Hampir lebat
Pada permukaan telah diselaputi oleh air itu.


Bunyi detingan air hujan yang menimpa atap-atap rumah mula membingit
Akhirnya, hujan pun turut dengan lebatnya.
Tempiasnya telah aku rasai
Kedinginannya mencengkam tubuh
Kelihatan juga beberapa buah kenderaan melintasi.


Pokok-pokok bergerak mengikut bayu angin
Hujan semakin lebat dan mendingin
Itulah rahmat ALLAH, ALLAH HU AKBAR!!!
Kebesaran-Nya terserlah apabila aku mengamati suasana ini.
Alhamdullilah, syukran, Ya ALLAH...
Itulah sahaja yang mampu aku lafazkan
Atas nikmat-Nya yang tidak terperi ini.


Kucing yang sedang lena tidur di bawah pokok tadi telah lesap
Mungkin ia mencari tempat perlindungan sementara menunggu hujan berhenti.
Aku? Humph...
Aku masih lagi di sini
Duduk mengamati suasana ini.


Kini, aku tertanya-tanya
Apakah nasib golongan yang terbiar
Di mana tiada teduhan dan perlindungan daripada hujan ini
Apakah mereka selamat dan selesa?
Namun, aku di sini tetap bersyukur kerana adanya teduhan.
Dan tertanya-tanya, "Bilakah hujan akan berhenti?"



--------ToKaN AL-MaNSuR--------

SAJAK = ITULAH DUNIA

Keheningan tengah malam yang tenang,
Yang hanya diterangi sinaran bintang dan lampu jalan,
Kehidupan manusia tidak terhenti,
Masih ada yang bergerak,
Masih ada yang melayang,
Itulah dunia.

Hidup kita ibarat satu perjalanan,
Tapi kita sesekali perlu belajar daripada masa silam,
Masa itulah yang mengajar kita agar kita lebih berfikir,
Konspirasi, misteri, penipuan besar,
Kesemuanya kekal hingga sekarang,
Namun hanya segelintir sahaja yang mengetahui,
Itulah dunia.

Manusia kini hampir terlena,
Dibuai alunan kehidupan,
Tidak ramai yang sedar,
Bahawa kita semua adalah sama,
Cuma perawakan sahaja yang membezakan kita,
Itulah dunia.

Aku juga seperti kalian,
Melayan karenah dunia,
Buat itu, buat ini,
Tekan itu, tekan ini,
Sedut ini, sedut itu,
Tetapi kebanyakkannya menuju ke alam durjana,
Itulah dunia.

Letih, hampa, kesal,
Itulah perasaanku ketika ini,
Aku letih menghadapi jalan yang penuh onak duri ini,
Aku hampa dengan sikapku sebagai seorang insan,
Aku kesal dengan sifatku yang kekurangan ini,
Namun apakah daya?
Siapa yang ingin mendengar suara kecilku ini?
Itulah dunia.

Kita ini manusia sebenarnya tidak pandai mengawal perasaan orang lain,
Kadang-kala kita juga yang tidak pandai mengawal perasaan kita,
Itu semua disebabkan oleh amarah-amarah,
Pencetus segala persengketaan dunia,
Menghalang kemajuan manusia,
Itulah dunia.

Mungkin anda berkata "dunia ini memang tidak adil",
Ya, memang tidak adil...
Adilkah kamu dengan Tuhanmu?
Adilkah kamu dengan orang lain?
Adilkah kamu terhadap haiwan ataupun alam?
Adilkah kita sekiranya kita tidur di atas tilam sedangkan orang lain tidur di tempat yang jijik?
Itulah dunia.

Sifat rendah diri dan sering menyalahkan diri sendiri,
Telah mengajar erti ujian hidup,
Bertenanglah, wahai rakan,
Marilah kita menuju ke jalan yang lurus,
Supaya kita beristiqamah,
Beribadat dan beramal...



--------ToKan AL-MaNSuR--------