Sunday, December 18, 2011

...

Inginku sarung cincin itu
Ke jarimu
Sebagai tanda
Kesungguhanku terhadap kamu.

Janganlah kau menolak ku lagi
Perit aku laluinya dulu
Aku mahukan teman
Dan temaniku sampai ke akhir.

Jaminan syurga menantimu
Aku dibelakangmu
Sentiasa
Dekat denganmu.

Masih kelu lidah ini
Untuk berkata
Dan meluahkan
Segala isi hati.



--------ToKaN-AL-MaNSuR--------

Saturday, December 17, 2011

Cintaku, Almora

Bayanganmu kini
Makin pudar
Dari pandangan perspektif ini
Semakin sukar.

Tidak banyak jejak
Yang dapatku kejar
Kerana kau seakan dapat mengelak
Dan aku mati terdampar.

Cintaku, Almora
Sama sekali tidak pernah padam
Walau dihentam ombak dan gelora
Aku hanya berdiam.

Hanyut kembali kini
Akibat lara yang membara
Kian parah dari hari ke hari
Almora.

Ku ingin tatap potretmu
Hingga hembusan yang terakhir
Moga kita bertemu
Di akhir.

Senyumanmu itu
Membuat hati bertambah sayu
Tatkala angin pagi bertiup
Aku jadi layu.

Aku cuba lari
Namun bayangmu menghantuiku
Dari hari ke hari
Membuat aku merinduimu.

Cintaku, Almora
Masih kekal dan pasti kekal
Walau cubaan melanda
Aku hadapinya dengan cekal.

Ku harap dapat jejak
Ke tapak itu
Mengenang sejenak
Dirimu di situ.

Semakin aku cuba, Almora
Semakin jauh kau lari
Cinta ini semakin lama
Semakin tidak terperi.

Cintaku, Almora
Kau di syurga
Alangkah mulianya
Jika kita bersama.

Cintaku, Almora
Mengenangkan kamu
Cukup bermakna
Buat diriku.



--------ToKaN-AL-MaNSuR--------

Friday, December 2, 2011

Almora, Merbok & Kuala Lumpur

Indah nan mekar nama itu
Almora, Merbok, dan Kuala Lumpur
Mencipta satu hamparan pandangan
Terhadap insan ini.

Titian jalan menuju ke utara
Menginjak pandangan mata ke luar
Indahnya bendang tika itu
Menghembus bayu yang mengasyikkan.

Ku rasakan tiada cebisanmu
Di timuran ini
Namun ke mana aku menuju
Kau selau dan tetap berada di hatiku.

Kepulanganmu dinanti
Di Hentian Pudu
Atau Bandar Tasik Selatan
Tempat indah, menusuk pandangan.

Tingginya harapan dan penantian ini
Tingginya kata itu
Tingginya bersamaan Menara Kuala Lumpur
Seindah Menara Berkembar Petronas.

Indahnya suria itu
Di tingkat empat
Kau berdiri
Menyara diri.

Pernah kau tinggal jejak
Dan ia hilang
Secara senyap
Sukar untukku mencarinya.

Mampukah aku?
Pernahku cuba
Namun aku tidak sanggup
Dan kuat.

Murni dan damainya
Ibu kota Malaysia
Di kala malam bulan mengambang
Beri cahaya gemerlapan.

Bersinar terang
Bola bulat itu
Namunku tahu
Terang lagi kau padaku.

Hendakku beri keterangan
Namun, ianya dimalapkan
Oleh halangan yang mendatang
Membataskan tindakan.

Kini kau terbang
Dan kembali ke sini
Di kota ini
Dan menghilang.

Tiada apa yang aku boleh berikan
Selain kasih yang ikhlas
Kasihku tidak suci
Kerana kesucianku senang dicemari.

Senyumanmu
Cukup berseri
Dan pabila cinta bersemi
Kau tidak bersedih lagi.

Sejauh Merbok kau pergi
Dekat lagi kau di hati
Selama mana kau sembunyi
Tetap kau akan ku ingati.

Pemergianku
Tidak ditangisi
Keberengkatanmu
Aku ratapi.

Cantiknya permandangan dari puncak ini
Di tengah bandaraya maju
Persis wajahmu
Tiada celanya.

Almora, ku kenal dulu
Yang sungguh berkuasa
Membuatku merintih, berharap
Padanya yang sungguh dicintai.

Almora, Merbok, dan Kuala Lumpur
Tiga perkara yang membuatku
Separuh nyawa menahan
Cinta ini.

Merbok, tempat rantauan
Menjadi batu asas
Cintamu kini
Yang mekar.

Kuala Lumpur, halamanmu
Tempat tumpuan insan
Mekar indah dan menawan
Di mata insan ini.

Pesananmu itu telah ku dapat
Dibaca dan dibalas semula
Dengan harapan ianya dibalas balik
Membuka lembaran perbualan.

Harapan setinggi gunung
Berderai menjadi debu
Berulang kali
Dialami.

Munri dan penuh berkat
Pagi Sabtu ini
Seperti wajahmu
Selamat ulangtahun, Almora.


--------ToKaN-AL-MaNSuR--------