Sunday, February 26, 2012

Rakan Di Janda


Rakan,
Kita berjalan menuju Kuala Lumpur
Kita melalui Lebuhraya Pantai Timur
Perjalanan membuatku tertidur
Dan kebulur.

Rakan,
Indah sungguh perjalanan
Bumi menghijau di kiri dan kanan
Suasana mengamankan
Lagi mengasyikkan.

Rakan,
Seperti rusa masuk kampung kita
Mendaki bukit bersama
Menaiki kereta
Menjejakkan kaki di Janda

Rakan,
Anginnya damai
Sejuknya sungai
Kita beramai-ramai
Tertawa dan terhilai.

Rakan,
Kita bersuka ria
Kita bergembira
Berjimba-jimba
Di Janda.

Rakan,
Sejuknya malam
Masing-masing menunggu ayam
Yang aromanya mencengkam
Menerangkan suasana yang suram.

Rakan,
Pagi menjelma
Kita pulang ke sana
Merakam potret bersama
Meninggalkan Janda.

Rakan,
Memori kita ini sangat indah
Mungkin kita akan singgah
Janda itu sesudah
Kita semua tidak susah.

Rakan,
Aku ucapkan terima kasih
Kerana masih
Tidak bertindih dan merintih
Atas perjalanan yang kita pilih.



--------ToKaN AL-MaNSuR--------