Thursday, December 30, 2010

Ulang Tayang II

Pukul 1.23 pagi, Khamis
Bintang bersinar di langit sana
Angin malam kadang-kala mencengkam tulang hitam
Pengambilan kafein menyukarkan lagi
Untuk roh pergi sementara.

Apa sahaja aku pandang
Semuanya mengelapkan mata
Tetapi, mata dalaman aku ada
Menerangi dam menyedarkan aku
Insan alpa di dunia ini.

Pemergianmu secara halus-halusan
Bagaikan awan mendung yang berarak
Menyelubungi aku
Tidakku sangka, kata-kata Sastera Melayu benar
Kata-kata adalah lebih tajam daripada pedang
Tapi, aku tiada pelindung besi
Tikaman pedang itu sangat meninggalkan kesan
Yang mendalam.

Semoga cahaya sentiasa bersamamu
Diiringi bintang-bintang terang lagi bersinar
Membawa kebahagiaan dalam kehidupanmu
Oh, aku pergi sambil melambai
Tanpa memandang
Kerana amat kabur mataku untuk memandang situasi itu.

Aku harap kita tidak membisu lagi kelak
Namun, bergantung pada keadaan
Mungkin cahaya menyinarimu atau aku
Terpulang pada situasi.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

Aku

Tatkala fajar menyinsing
Suasana hiba mencengkam tubuhnya
Menaikkan bulu roma
Melihat suasana itu
Sambil teringat kehancuran hati.

Dengan kudrat yang tinggal
Digagahi melalui jalan
Yang penuh duri lagi berliku
Dihembus dengan bayu penipuan
Dan mata yang mampu mengerti keadaan.

Kedatangannya tak disambut riang
Perginya tanpa dikenang
Insan melupainya
Kehadirannya semua membisu
Nasihatnya dipandang sekilas
Keluhannya tak diendah
Sungguh sadis.

Dirinya melayang
Ibarat daun gugur ditiup angin
Berjalan tanpa arah
Kerana keikhlasannya
Disalah erti
Malahan
Dicerca lagi dikeji.

Menunggu masa katanya
Dia merasakan bagaikan sudah mati
Hanya kepada-Nya dia berserah
Untuk menghidupkan kembali semangat
Tidak disangka tusukan yang bertubi-tubi
Masih lagi luka dan berdarah.

Penawar dicari
Namun, ianya bertukar menjadi racun
Memarahkan lagi luka di dalam
Keperitan dirasai
Amat sukar dia jalani.

Tangisannya tak didengari
Kesugulan menyelubungi hidup
Menunggu masa sahaja
Untuk pergi
Membawa diri.

Pemergiannya tidak dipeduli
Tidak disangka
Insan yang amat disanjunginya sanggup
Melukakan hatinya
Malah, dikeluarkan kata-kata nista
Perit sangat untuk dia meneruskan perjalanan.

Dan sekarang
Dia berharap dia dilupakan
Pengajaran lalu menyedarkan dia
Dia cuba perbaikinya
Namun, pabila dia cuba kesedaran
Dia dicemuh
Dia adalah aku.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

Friday, December 10, 2010

Eddie Fisher-Outside Of Heaven Lyrics.

I pass your house with misty eyes
There stands the gate to paradise
But you don't hear the heart that cries
Outside of heaven

You're happy there with someone new
Good luck to him, good luck to you
I count the dreams that won't come true
Outside of heaven

On your wedding day I stood in the crowd
I could hardly keep from crying out loud
There goes the kiss my lips have known
There goes the love I called my own
Why was I meant to walk alone
Outside of heaven

(Outside of heaven)

(Outside of heaven)

On your wedding day I stood in the crowd
I could hardly keep from crying out loud
There goes the kiss my lips have known
There goes the love I called my own
Why was I meant to walk alone
Outside of heaven

Thursday, December 2, 2010

Persoalan dan Jawapan

Mampukah aku?
Bolehkah aku?
Mestikah aku?
Perlukah aku?
Relakah aku?

Mampukah kau?
Bolehkah kau?
Mestikah kau?
Perlukah kau?
Relakah kau?

Bergantung kepada keadaan
Adalah jawapannya
Tidak kira apa jua keadaannya
Jawapannya sudah diketahui.

Aku seratus peratus tahu
Jawapan kau
Peratusannya hanyalah satu
Hanya satu sahaja.

Menunggu masa
Mengiranya
Kian singkat
Adakah ada kesempatan
Untuk aku tebus?

Jawapannya
Ianya terletak pada individu itu
Dan pengaruh di sekitarnya
Percayalah.



--------ToKaN AL-MaNSuR--------

Renungan Pengorbanan

Di saat ini
Detik-detik kehampaan ditempuhi
Pergorbanan perlu ada
Kesabaran menjadi semangat
Asas agama menjadi kekuatan.

Pergorbanan ini perlulah berterusan
Janganlah harapkan balasan
Yang penting adalah
Ikhlas dalam pergorbanan
Kerana keikhlasan itu
Akan terbalas juga.

Oleh itu
Marilah kita bersama-sama
Berkorban
Atas niat yang baik
Disertai dengan ikhlas
Dan sentiasa bersabar.

Renungkanlah
Apa yang telah kita korbankan
Renungkanlah
Apa yang telah orang lain korbankan
Renungkanlah
Banyakkan bersabar
Serta redhalah
Dengan apa yang berlaku.



--------ToKaN AL-MaNSuR--------

Summer Night Medley

One summer night
We feel in love
One summer night
I held you tight
You and I
Under the moon of love.

One summer night
I kiss your lips
One summer night
I held you close
You and I
Under the moon of love.

Kiss me
Oh, so tenderly
And I knew
This will close
And as I held you
Oh, so close
I knew no one could ever take your place.

I'll hold you in my heart
'Till I'll hold you in my arms
I feel never
Be held you before.

I think of you each day
Until it's faded away
To you
For in my arms once more.

The star are up in the sky
No the reason why
I feel so blue
When I'm away from you

I'll hold you in my heart
'Till I'll hold you in my arms
So darling
Please wait for me.

I've been better
If I turn away
Never looked at you second times
'Cause I've been give my heart for together
'Till your eyes meet mine.

And then I saw you
Yearning and the feeling
Cross the room
That felt for me
Wish I had the way knowing
Things of my heart could ever be.

Always wanting you
But never having you
Makes me hard to face tomorrow
'Cause I didn't wanna wake up
And wanting you again
Always wanting you
But never touching you
Sometimes hurts me almost more than I could stand.



--------ToKaN AL-MaNSuR--------

The Door Story

Besides the door
Long I stood
I still waiting
Waiting and always waiting
The shadow of yours.

My eyes in horizon
Still, I stood
I didn't care although it is
Too long and too painful to wait
The shadow beyond that view.

Behind the door
Friends calling
I just said hang in there
I waiting for someone
People passes by the door
And I smiled, greeting.

I'm sweating all over
I squats down
Still, eyes on the horizon
Far side at there
I saw the shadow that I've waiting.

Suddenly, I felt down
I'm so tired of waiting
I still awake
You besides if me
I felt like wow.

I gave out my hand
Hoping that you will grab it
Help me up
And you simply stare at me
Walking towards the door.

You open the door
Happiness light up on your face
I saw you
Holding hands together with...
Oh, how pain I feel at that time.

The door still open and always open
I gathered up my strength
Get up and take a look inside
Looking you from behind.

I took my steps
Away
I walks towards the horizon
Away from the door
I'm crying
And I looked behind while walking.

Then, I continue my journey
Towards horizon
Alone
Because I have
No accompanies
One thing that I hope
Be good and happy at that place.



--------ToKaN AL-MaNSuR--------

Tangisan

Tangisan,
Emosi yang paling ringan
Tersembunyi seribu satu andaian
Tatkala ianya mengalir
Mengaburi pandangan.

Tangisan,
Aku luahkan semasa aku lahir ke dunia
Melarat serta menemani sepanjang kehidupan
Dan disambung oleh lain
Semasa aku tiada nanti.

Tangisan,
Meluahkan bermacam ekspresi
Memendam perasaan
Menahan kesakitan
Meluahkan rasa sedih
Mahupun gembira menerima kejayaan
Ia tetap bersama kita.

Tangisan,
Rasanya masin
Kemasinan itu adalah satu simbol
Campuran emosi dan adunan perasaan
Yang akhirnya terlerai
Dengan air mata.

Tangisan,
Semua manusia menangis
Jangan menahannya
Maruah konon
Menangislah.



--------ToKaN AL-MaNSuR--------