Thursday, December 2, 2010

Tangisan

Tangisan,
Emosi yang paling ringan
Tersembunyi seribu satu andaian
Tatkala ianya mengalir
Mengaburi pandangan.

Tangisan,
Aku luahkan semasa aku lahir ke dunia
Melarat serta menemani sepanjang kehidupan
Dan disambung oleh lain
Semasa aku tiada nanti.

Tangisan,
Meluahkan bermacam ekspresi
Memendam perasaan
Menahan kesakitan
Meluahkan rasa sedih
Mahupun gembira menerima kejayaan
Ia tetap bersama kita.

Tangisan,
Rasanya masin
Kemasinan itu adalah satu simbol
Campuran emosi dan adunan perasaan
Yang akhirnya terlerai
Dengan air mata.

Tangisan,
Semua manusia menangis
Jangan menahannya
Maruah konon
Menangislah.



--------ToKaN AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment