Thursday, December 30, 2010

Aku

Tatkala fajar menyinsing
Suasana hiba mencengkam tubuhnya
Menaikkan bulu roma
Melihat suasana itu
Sambil teringat kehancuran hati.

Dengan kudrat yang tinggal
Digagahi melalui jalan
Yang penuh duri lagi berliku
Dihembus dengan bayu penipuan
Dan mata yang mampu mengerti keadaan.

Kedatangannya tak disambut riang
Perginya tanpa dikenang
Insan melupainya
Kehadirannya semua membisu
Nasihatnya dipandang sekilas
Keluhannya tak diendah
Sungguh sadis.

Dirinya melayang
Ibarat daun gugur ditiup angin
Berjalan tanpa arah
Kerana keikhlasannya
Disalah erti
Malahan
Dicerca lagi dikeji.

Menunggu masa katanya
Dia merasakan bagaikan sudah mati
Hanya kepada-Nya dia berserah
Untuk menghidupkan kembali semangat
Tidak disangka tusukan yang bertubi-tubi
Masih lagi luka dan berdarah.

Penawar dicari
Namun, ianya bertukar menjadi racun
Memarahkan lagi luka di dalam
Keperitan dirasai
Amat sukar dia jalani.

Tangisannya tak didengari
Kesugulan menyelubungi hidup
Menunggu masa sahaja
Untuk pergi
Membawa diri.

Pemergiannya tidak dipeduli
Tidak disangka
Insan yang amat disanjunginya sanggup
Melukakan hatinya
Malah, dikeluarkan kata-kata nista
Perit sangat untuk dia meneruskan perjalanan.

Dan sekarang
Dia berharap dia dilupakan
Pengajaran lalu menyedarkan dia
Dia cuba perbaikinya
Namun, pabila dia cuba kesedaran
Dia dicemuh
Dia adalah aku.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment