Tuesday, March 5, 2013

Dedikasi Lahad Datu



Perjanjian tetap perjanjian
Tetapi kau memasuki hutan
Mencari laluan
Menyerang rakanku
Akhirnya sudah terbujur kaku.

Mengapa mesti kau biadap?
Aku rasa tidak sedap
Melihat anak mendakap
Perajurit bangsa gugur diserang hendap.

Baju hijau di sana
Keluarkanlah mereka dari Semporna
Pertahankanlah Malaysia
Tanah tumpahnya darah bangsa
Supaya generasi mendatang hidup selesa.

Ku rejam batu
Mengenai mukamu
Kerana aku tahu
Tempat ini hanya satu
Tempat ini adalah LAHAD DATU!



--------ToKaN AL-MaNSuR--------