Sunday, September 6, 2009

ACARA BERBALAS PANTUN(DIAMBIL DARIPADA KASET UJANG TAHUN 90-AN) PART 1

Watak-watak terlibat:-
DJ
Cik Ati
Cik Rosemary
Cik Emma
Saudara Lim Tat(suara Hamid Gurga)
Saudara Michael
Saudara Shahrul Maizam


DJ: Dari Dewan Sekolah Rendah Tamil, Ulu Bertam Hilir, Melaka, dipersembahkan 'Berbalas
Pantun'.
(diiringi paluan gendang dan tepukan para penonton)
DJ: Ya, salam hormat dan salam sejahtera, saudara. Kita bertemu dalam rancangan 'Berbalas Pantun' yang mempertemukan dua pasukan iaitu daripada Syarikat Pembuat Tayar di Johor Bahru dan Wanita Pengusaha Batik, Ulu Bertam Hilir, Melaka. Dan memperkenalkan tiga orang di sebelah kanan saya, ermm gadis-gadis jelita. Pertama, sila kenalkan diri saudari. Ermm, boleh kuat sikit tak?
Cik Ati: Saya... nama saya Ati.
DJ: Cik Ati ini memang penduduk asal Ulu Bertam ke apa ini?
Cik Ati: Tak
DJ: Ini duduk mana ini?
Cik Ati: Saya tadi datang ikut mak saya, jual kain.
DJ: Oh, ikut mak jual kain ya. Jadi, singgah di sini untuk menyertai 'Berbalas Pantun' la.
Cik Ati: Ya, saya tengok tadi takde orang berani masuk, saya masuk la.
DJ: Ah, ok... Jadi, yang sebelah Cik Ati ni, boleh kenalkan diri tak? Yang berbaju merah tu.
Cik Rosemary: Oh, nama saya Rosma. Tapi, panggil Rosemary.
DJ: Cik Rosemary ye... Cik Rosemary ni seorang penternak ikan ke apa ni?
Cik Rosemary: Mana ternak ikan, jahit kain.
DJ: Oh, jual kain.
Cik Rosemary: Sama duduk kat rumah.
DJ: Dan memperkenalkan peserta ketiga.
Cik Emma: Nama saya Emma.
DJ: Emma ye... Emma berasal dari mana?
Cik Emma: Saya asal Negeri Sembilan.
DJ: Ya(diselangi tepukan para penonton), itu dia peserta-peserta iaitu Wanita Pengusaha Batik, Ulu Bertam Hilir. Dan disebelah kiri saya iaitu wakil Syarikat Pembuat Tayar Johor Bahru. Perkenalkan peserta pertama.
Lim Tat: Aaa, saya Lim Tat.
DJ: Ini saudara pembuat tayar?
Lim Tat: Aaa, saya bukan bikin tayar, itu saya tampal tayar punya.
DJ: Ok, sebelah pula yang berbaju biru ni?
Michael: Aaa, nama saya Michael, tapi nama sebenar saya Nik Wafdi.
DJ: Nik Wafdi ye...
Michael: Tapi, semua panggil Michael ni...
DJ: Kira Michael ni nama glamour la... Ermm, yang di hujung sekali, sila perkenalkan diri saudara, yang bermisai lebat tuh.
Shahrul Maizam: Saya Shahrul.
DJ: Shahrul Maizam ke?
Shahrul Maizam: Ya, macam mana saudara boleh tahu ni?
DJ: Oh, saya tengok dalam borang pendaftaran tadi. Tanpa melengahkan masa lagi, kita mulakan acara berbalas pantun sebentar lagi. Kita dengarkan pantun pertama daripada Persatuan Wanita Pembuat Batik, Ulu Bertam, Melaka. Dipersilakan.
Cik Ati: Saya jual pantun ni ye...
"Rama-rama terbang melayang,
Terbang melayang di waktu senja,
Kenapa orang bunuh orang,
Sungguh jahat orang itu".
DJ: Ya, itu dia. Satu pantun yang menceritakan tentang kehidupan manusia. Bagaimana jawapan dia? Yang berbaju biru, sila jawab.
Michael: Dengar ye...
"Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua,
Dua tiga kucing berlari".
DJ:(tepukan para penonton)Ya, sungguh tepat jawapannya. Kita dengarkan pula pantun kedua. Sila, Cik Tat.
Lim Tat: Aaa, saya mau jual pantun sama itu ujung sekali aaa...
"Anak kambing berjalan seorang diri,
Membeli baju di rumah Norkumala,
Kalau tuan membeli baldi,
Kenapa ingin menempah tayar?"
DJ:(tepukan para penonton)Ya, itu dia pantun dari Cik Lim Tat. Sungguh dalam maknanya. Mungkin satu falsafah agaknya. Aa, boleh jawab?
Cik Emma: Susahlah nak jawab, Cik Tat.
Lim Tat: Kalau tak boleh, tengah pun boleh jawab.
DJ: Dipersilakan, Cik Tat pilih yang tengah pula. Sila jawab.
Cik Rosemary: Dengar ya...
"Dua tiga kucing berlari,
Mana sama si kucing belang,
Ku pinang-pinang, tak dapat-dapat,
Cik Tat yang ku pingin tak dapat nak canting batik".
DJ: Ohoi, ini lagi dalam maknanya. Nampaknya, peserta kita hebat-hebat belaka. Masing-masing mengutarakan pantun-pantun yang terkini. Jadi, kita dengarkan pula...
Lim Tat: Saya mau jual pantun lagi satu boleh ka?
DJ: Oh, nampaknya Cik Tat betul-betul nak jual ye... Silakan, Cik Tat.
Lim Tat: "Anak tenggiri di tengah kolam,
Anak kolam di tengah tenggiri,
Kalau ingin membeli ikan tenggiri,
Janganlah membeli di dalam kolam".
DJ:(tepukan para penonton)Ya, sungguh hebat Cik Tat ini rupanya. Seorang berbangsa asing tapi mampu buat pantun yang baik sekali. Ada sesiapa yang ingin jawab?
Cik Emma: Saya jawab Cik Tat ye...
"Dua tiga monyet terbang,
Mana nak sama tupai terbang,
Kalau kita orang yang baik,
Tentu kita banyak wang".
DJ:(tepukan para penonton)Ya, pantun yang sungguh bertepatan. Nampaknya, kita tidak tahu maksud yang tersirat dalam pantun itu tadi. Sekarang, kita dengarkan pula pantun peserta Wanita Pembuat Batik, Ulu Bertam, Melaka kepada pembuat tayar. Nak jual pada siapa ni?
Cik Emma: Saya jual je lah ye... Dengar aa...
"Dua tiga kendidi berlari,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik, ditanak sudah".
DJ: Ya,(tepukan para penonton) itu dia pantunnya.
Shahrul Maizam: Pantun itu agak sukar untuk dijawab, tapi saya cubalah...

--------bersambung Part 2--------

1 comment: