Sunday, September 6, 2009

SAJAK = ITULAH DUNIA

Keheningan tengah malam yang tenang,
Yang hanya diterangi sinaran bintang dan lampu jalan,
Kehidupan manusia tidak terhenti,
Masih ada yang bergerak,
Masih ada yang melayang,
Itulah dunia.

Hidup kita ibarat satu perjalanan,
Tapi kita sesekali perlu belajar daripada masa silam,
Masa itulah yang mengajar kita agar kita lebih berfikir,
Konspirasi, misteri, penipuan besar,
Kesemuanya kekal hingga sekarang,
Namun hanya segelintir sahaja yang mengetahui,
Itulah dunia.

Manusia kini hampir terlena,
Dibuai alunan kehidupan,
Tidak ramai yang sedar,
Bahawa kita semua adalah sama,
Cuma perawakan sahaja yang membezakan kita,
Itulah dunia.

Aku juga seperti kalian,
Melayan karenah dunia,
Buat itu, buat ini,
Tekan itu, tekan ini,
Sedut ini, sedut itu,
Tetapi kebanyakkannya menuju ke alam durjana,
Itulah dunia.

Letih, hampa, kesal,
Itulah perasaanku ketika ini,
Aku letih menghadapi jalan yang penuh onak duri ini,
Aku hampa dengan sikapku sebagai seorang insan,
Aku kesal dengan sifatku yang kekurangan ini,
Namun apakah daya?
Siapa yang ingin mendengar suara kecilku ini?
Itulah dunia.

Kita ini manusia sebenarnya tidak pandai mengawal perasaan orang lain,
Kadang-kala kita juga yang tidak pandai mengawal perasaan kita,
Itu semua disebabkan oleh amarah-amarah,
Pencetus segala persengketaan dunia,
Menghalang kemajuan manusia,
Itulah dunia.

Mungkin anda berkata "dunia ini memang tidak adil",
Ya, memang tidak adil...
Adilkah kamu dengan Tuhanmu?
Adilkah kamu dengan orang lain?
Adilkah kamu terhadap haiwan ataupun alam?
Adilkah kita sekiranya kita tidur di atas tilam sedangkan orang lain tidur di tempat yang jijik?
Itulah dunia.

Sifat rendah diri dan sering menyalahkan diri sendiri,
Telah mengajar erti ujian hidup,
Bertenanglah, wahai rakan,
Marilah kita menuju ke jalan yang lurus,
Supaya kita beristiqamah,
Beribadat dan beramal...



--------ToKan AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment