Sunday, June 19, 2011
Wednesday, June 15, 2011
Dari Tatapan Mata
Akhirnya
Air mata ini berderai kembali
Tatkala ku tatap potretmu
Kau masih tebal dalam hatiku.
Senyumanmu indah menawan
Dilengkapi sepasang mata
Yang mampu membunuh
Sekaligus meruntuni jiwaku.
Tidak lena aku
Tidak tidur aku
Tidak sekali aku menoleh
Tidak sekali aku katakan tidak apa sahaja ke atas dirimu.
Aku gembira pabila kau gembira
Seperti yang aku katakan
Kau sentiasa dalam doaku
Setiap hari.
Pandangan dari mataku
Telah jatuh ke hatiku
Dan kekal di situ
Hingga sekarang.
Kasihku ini tetap tersimpan
Menunggu masa dan ruang yang sesuai
Untuk aku serahkan
Kepadamu.
--------ToKaN AL-MaNSuR--------
Air mata ini berderai kembali
Tatkala ku tatap potretmu
Kau masih tebal dalam hatiku.
Senyumanmu indah menawan
Dilengkapi sepasang mata
Yang mampu membunuh
Sekaligus meruntuni jiwaku.
Tidak lena aku
Tidak tidur aku
Tidak sekali aku menoleh
Tidak sekali aku katakan tidak apa sahaja ke atas dirimu.
Aku gembira pabila kau gembira
Seperti yang aku katakan
Kau sentiasa dalam doaku
Setiap hari.
Pandangan dari mataku
Telah jatuh ke hatiku
Dan kekal di situ
Hingga sekarang.
Kasihku ini tetap tersimpan
Menunggu masa dan ruang yang sesuai
Untuk aku serahkan
Kepadamu.
--------ToKaN AL-MaNSuR--------
Tuesday, June 14, 2011
Tangisan Dalam Hujan
(puisi ini ditulis dan diubah semula selepas 2 tahun aku menulisnya).
Aku berdiri di sini seorang diri
Menunggu hujan berhenti
Kini ku terkenang kembali
Memori lama yang tersemat di hati.
Telah banyak yang kita lalui bersama
Walaupun kau bukan temanku
Aku menyintaimu dalam diam
Meskipun kau tak pernah tahu.
Oh, kini ku menangis bersama hujan
Kerana memendam perasaan ini
Mengertilah dikau bahawa aku menyintaimu
Tolonglah aku di sini.
Mengapa kau masih membisu
Baru ku sedari
Cintaku hanyalah pada bayang-bayangmu
Aku jadi hilang arah.
Dengan perasaan lara ini
Aku mahu pergi
Ke mana sahaja
Ku berdoa agar kau berbahagia.
--------ToKaN AL-MaNSuR--------
Beda
(puisi ini ditulis dan diubah semula selepas 3 tahun aku menulisnya).
Aku
Insan yang hina
Dicaci, dicerca
Hanya kerana sifat luaran.
Dirimu yang berdarjat
Aku hanya peijat
Yang ingin memanjat
Tetapi tidak dilihat.
Walaupun kau rambut, aku kutu
Walaupun kau pokok, aku kayu
Walaupun kau lantang dan aku bisu
Aku tetap menyintaimu.
Aku tidak dapat melupakanmu
Sejak kali pertamaku kenal dirimu
Masih terkenang hingga sekarang
Walaupun kasihku kau halang.
--------ToKaN AL-MaNSuR--------
Aku
Insan yang hina
Dicaci, dicerca
Hanya kerana sifat luaran.
Dirimu yang berdarjat
Aku hanya peijat
Yang ingin memanjat
Tetapi tidak dilihat.
Walaupun kau rambut, aku kutu
Walaupun kau pokok, aku kayu
Walaupun kau lantang dan aku bisu
Aku tetap menyintaimu.
Aku tidak dapat melupakanmu
Sejak kali pertamaku kenal dirimu
Masih terkenang hingga sekarang
Walaupun kasihku kau halang.
--------ToKaN AL-MaNSuR--------
Lakaran Nukilan
(puisi ini ditulis dan diubah semula selepas 4 tahun aku menulisnya).
Kau
Kau adalah kekuatan dalama
Kau tetap akan dikenang
Biarpun hilang, terpisah
Atau sengaja dilupakan
Kau tidak akan luput dalam hidupku.
Kau
Menyebabkan aku patah hati
Tapi tidak mengapa
Aku tetap sabar
Aku akan menunggu
Walau selama-lamanya.
Aku tetap akan berdoa
Berdoa untukmu
Agar keuntungan berpihak kepadamu
Aku berikan segalanya untukmu
Moga mimpi indah setiap hari.
Kau tersenyum
Menyebabkan aku tenang
Dan menatap lama wajahmu
Ketenangan meliputi wajahmu.
Kau begitu rupawan dan menawan
Bak mentari menyinari lautan bungaan
Aku sungguh mendambamu
Adalah satu rahmat untuk bersamamu.
--------ToKaN AL-MaNSuR--------
Kau
Kau adalah kekuatan dalama
Kau tetap akan dikenang
Biarpun hilang, terpisah
Atau sengaja dilupakan
Kau tidak akan luput dalam hidupku.
Kau
Menyebabkan aku patah hati
Tapi tidak mengapa
Aku tetap sabar
Aku akan menunggu
Walau selama-lamanya.
Aku tetap akan berdoa
Berdoa untukmu
Agar keuntungan berpihak kepadamu
Aku berikan segalanya untukmu
Moga mimpi indah setiap hari.
Kau tersenyum
Menyebabkan aku tenang
Dan menatap lama wajahmu
Ketenangan meliputi wajahmu.
Kau begitu rupawan dan menawan
Bak mentari menyinari lautan bungaan
Aku sungguh mendambamu
Adalah satu rahmat untuk bersamamu.
--------ToKaN AL-MaNSuR--------
Subscribe to:
Posts (Atom)