Monday, September 6, 2010

Alhamdulillah

Aku memanjat tinggi kesyukuran terhadap-Mu, Ya ALLAH
Alhamdulillah hi rabbil alamin
Terima kasih, Ya Rabbi
Kerana memberikan aku peluang
Untuk hidup menghadapi hari lahirku yang ke-18.

Terima kasih, Ya Aziz
Kerana masih menebalkan iman dan sabar
Dalam jiwaku
Untuk menghadapi ujian-Mu.

Tidakku sangka sama sekali
Tahun ini adalah tahun yang sukar
Subahanallah, ujian-Mu cukup getir
Tapi aku percaya atas balasan-Mu
Dan aku tetap redha menjalaninya.

Aku turut tidak sangka
Aku sememangnya dibenci
Aku hadap kesemuanya secara berseorangan
Aku harapkan sokongan
Namun kebencian diberi.

Tidak sangka
Setelah lama kita kenal
Kau kata benci
Tidak mengapa
Aku sudah maafkan kau
Tapi, adakah kau sudi maafkan aku?



--------ToKaN AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment