Sunday, January 16, 2011

Salam Pantai Timur

Bayu angin yang segar
Pandangan kota yang agak indah
Kesibukkan pagi
Kesunyian malam
Itulah suasana baru.

Angin monsun timur laut
Ligat membawa hujan
Membasahi bumi Tuhan
Rahmat itu Rahmat!
Alhamdulillah.

Titik baru atau perubahan hidupku bermula
Demi mengejar dunia
Dan lebih lagi mengejar akhirat
Aku menetapkan tekad
Bulatkan azam
Dan tajamkan rohani
ALLAH, berkatilah aku.

Sekian sahaja
Nukilan pertamaku
Dari pantai timur
Dan aku ingin bercakap satu sahaja
"Apa khabar, dunia baru?"


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment