Saturday, June 4, 2011

Ulang Tayang III

Pukul 3:46 pagi, Khamis
Aku tertanya-tanya
Mengapa mataku
Tidak mahu terlena
Aku ditemani syahdu
Melayan lara.

Semakin hari, aku makin
Hilang, dilupakan
Rakan-rakan taulan
Aku berdiri seorang diri lagi.

Insanku sayang
Makin malap dan gelap
Cahayanya dalam sanubari ini
Aku tidak tahu mengapa.

Fikiranku melayang
Dibuai memori lali
Yang sering menyelamat dan membunuh
Diriku secara senyap.

Kepulan asap
Merawati dan membunuhku
Secara senyap
Hanya itu pengisianku.

Aku harap cahaya itu
Akan bersinar semula
Semoga aku
Dapat membimbing diriku
Lebih-lebih lagi kamu
Ke jalan yang diredhai-Nya.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment