Friday, September 16, 2011

Tanah Airku, Malaysia



Tanah airku, Malaysia
Anak ini berasa sungguh bertuah
Kerana lahir di bumi ini
Yang cukup harmoni dan indah.

Tanah airku, Malaysia
Anak ini akan memahat sejarah
Dalam sanubari ini
Demi menjagamu.

Tanah airku, Malaysia
Anak ini mentah
Diombak arus pelbagai arah
Tetapi anak ini masih bertahan dan teguh.

Tanah airku, Malaysia
Anak ini berjanji
Bersumpah
Tidak akan melupakanmu.

Tanah airku, Malaysia
Anak pemimpin bangsa
Telah berusaha
Menaikkanmu di mata dunia.

Tanah airku, Malaysia
Anak ini berharap
Agar bumi ini tidak bergoncang
Kerana lipatan dalaman.

Tanah airku, Malaysia
Selamat Ulang Tahun.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment