Saturday, January 5, 2013

Si Anak Muda



Si Anak Muda
Berlainan cara
Harta nyawa
Haruk dijulang
Mungkin berulang.

Si Anak Muda
Pelajaran tinggi
Kecetekan meninggi
Hidup berpuak
Ingin menjadi luak.

Si Anak Muda
Tunjuk samseng
Bersama geng
Tunjuk lagak
Dada tegak.

Si Anak Muda
Membudayakan lepak
Di restoran dan di kedai mamak
Borak-borak
Atau menonton perlawanan bola sepak.

Si Anak Muda
Tidak mahu kalah
Semuanya mahu serba mewah
Bersama gadis
Jalan mata sinis.

Si Anak Muda
Kian jauh
Tidak berdaya berjalan di pauh
Saling tuduh-menuduh
Membuatkan Melayu jatuh.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment