Tuesday, November 3, 2009

Sekolahku Yang Gangster...

Tajuk ini dipilih kerana sekolah aku memang gangster habis...
Dalam kalangan cikgu aku pun ada...
Pergi mana-mana, mesti dengan ahli-ahli kumpulan mereka...
Kami, pelajar sekolah memamnggil kumpulan samseng itu - 'Gangster Sekolah'...


Dalam kalangan pelajar pula, memang banyak...
Siap ada kumpulan yang tersendiri lagi...
Tapi, kami iaitu Orang2 kuat Empayar BIDIN hanya gelak sahaja dengan penubuhan2 kumpulan2 samseng ini...
Siap kutuk depan2 ahli-ahli mereka lagi...
Mereka tidak mampu buat apa-apa kerana kami ini pengaruhnya sangat luas...
Teramat luas...
Maklumlah, semua orang hormat kepada kami terutamanya kepada Maharaja Ta'in...
Di atas kepimpinan beliaulah, empayar kami berkembang pesat setanding dengan kemajuan dunia...
Aku sebagai Penasihat Agama, Ketenteraan, Sulit empayar melahirkan perasaan yang sungguh terharu atas kejayaan kami ini...


Berbalik kepada topik utama...
Kumpulan2 samseng ini... argh, aku gelarkan sahaja mereka2 ini kongsi gelap sudah...
Nampak mafia sedikit...
Antara yang terkenal ialah Geng Garuda, Kelepap Crew, Kelab Buang Air, dan banyak lagi...
Tapi, Kelab Buang Air adalah kongsi gelap terawal dibubarkan kerana perpecahan melanda akibat keegoan ahli-ahlinya(termasuk aku)...
Ini kerana, aku dan mereka2 yang PEDON sahaja aktif menaikkan nama Kelab Buang Air...
Kami telah bekerjasama dengan Tuan Muhammad Rizal bin Datuk Hisyam untuk merealisasikan dua rancangan terkemuka iaitu 'Ke Udara Bersama Tuan Muhammad Rizal di Radio 9' dan 'Misteri Nusantara'...
Jasa Tuan Rizal amat kami hargai...


Kita beralih pula pada Kelepap Crew...
Ianya ditubuhkan sekitar lewat September di Aspura SMTM...
Antara ahli-ahlinya ialah Jack-Port, Madop, T-Ong, Aterk, dan ramai lagi...
Aku tidak lagi terlibat dalam kegiatan jahat ini kerana empayar aku telah berkembang habis...
Jadi, buat apa aku menghabiskan masa untuk organisasi yang haram ini...
Antara kejayaan mereka ialah perluasan pengaruh mereka yang begitu pantas berlaku...
Mereka diibaratkan seperti 'Yakuza' SMTM...
Nasib mereka amat baik kerana panglima perang empayar BIDIN, Laksamana O'den Modeng sanggup berdamai dan berbaik-baik dengan mereka...
Kalau tidak, dengan arahan daripada Maharaja Ta'in sahaja, mereka semua dah musnah...


Beralih pula kepada kongsi gelap yang paling terkenal dan terganas di SMTM iaitu Geng Garuda...
Geng ini ditubuhkan dekat Markas Mesyuarat Empayar BIDIN di 5A1 iaitu di papan putih sekitar awal September...
Sebaik sahaja kongsi gelap ganas ini ditubuhkan, kesian...
Sudah kena kutuk oleh Ketua Menteri Pelajaran Empayar BIDIN, Encik Muhammad Firzan...
Tergelak beliau disitu, hampir nak tercabut jantungnya terbahak...
Depan-depan taiko Garuda beliau gelak dan kutuk, iaitu Adam bin Hazin a.k.a Far-Now...
Tidak cukup seorang sahaja, Firzan mengajak aku sekali turut serta menjayakan sesi kutuk-mengutuk dan gelak terhadap Geng Garuda...
Kemudian, sesi itu disertai oleh Maharaja Ta'in, Bendahara Mud Gun, General Ustaz Bro-Ma Al-Hafiz Aris, pengusti terkenal Batista(azim), dan juga pemuda kuat empayar, Wan Badang...
Terdiam weyh wa cakap sme lu dk Panau...
Kemudian selang beberapa hari, Geng Garuda mula melebarkan sayap pengaruh mereka...
Aku diberitahu oleh sejarawan Empayar BIDIN, So-oT BIDIN bahawa aku sedang berdepan dengan masalah besar kerana seorang lintah darat ganas Garuda menungguku...
Aku rilek sahaja...
Sampai-sampai, aku lihat Firzan tengah gelakkan lintah darat itu...
Sekali dak SEMUT...
Dia cakap dengan aku yang dia kutip duit perlindungan di kawasan2 kurang tumpuan Empayar BIDIN sahaja...
Aku pun mengucingkan beliau dan berkata="Alamak, abg Garuda, hari ini tak bawa duit perlindungan, esok bayar boleh?"
Terdiam dia, Firzan pula gelak2 lagi...
Dan SEMUT pun beritahu aku bahawa ada lagi seorang lintah darat lain di hujung koridor sana...
Aku tanya siapa dan jawapannya ialah dak Bepop...
Pergh, lagi tergelak aku dengan Firzan...


Aku rasa itu sahajalah cerita tentang kejadian kongsi gelap di sekolah aku...
Nasihat aku ialah, janganlah kita sekali-sekala melibatkan diri kita dalam kongsi gelap, gangsterisme, organisasi2 pro-keganasan, dan lain-lain yang mempunyai unsur-unsur negatif...
Kelak buruk padahnya...
Mohon sahaja kerakyatan Empayar BIDIN...
Lagi senang, pantas, dan efisten...
Hidup aman, popular, bebas, dan riang...
Kami sedia menerima kamu...


--------ToKaN AL-MaNSuR--------
Penasihat Agama, Ketenteraan, dan Sulit,
Empayar BIDIN,
Gunung Boleh Tahan,
Barcelona, SPAIN.

No comments:

Post a Comment