Thursday, May 12, 2011

Aku

Aku
Insan biasa
Dianggap biasa
Hidup secara biasa
Sememangnya biasa.

Aku
Adalah seorang kawan
Dan aku sentiasa
Akan dianggap kawan
Tidak lebih daripada itu.

Aku
Sungguh kecewa kerana
Aku sentiasa dianggap begitu
Tidak kira aku luahkan perasaan atau tidak
Aku tetap adalah kawan.

Aku
Sentiasa dianggap menghancurkan setiakawan
Pabila meluahkan perasaan
Adakah itu salahku?
Aku pun tidak mengerti

Aku
Semakin hari, semakin lara
Semakin sakit, semakin parah
Apa yang aku mampu
Adalah melihat kau dari jauh.

Aku
Makin lama, makin bermuka-muka
Itu bukanlah diriku yang sebenar
Unsur negatif mula mengepung diri
Aku mencari alternatif untuk melawannya.

Aku
Masih di sini
Tetap berdiri teguh dan lama
Menanti
Kasihmu yang tidak kunjung tiba.

Aku
Tidak sama sekali berpaling
Kau tetap dihatiku
Akan ku bawa hati ini
Sehingga akhir nanti.

Aku
Tetap di sini
Menunggumu
Untuk kita berjalan bersama
Berdua-duaan di tepi pantai pada waktu matahari terbenam.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment