Friday, May 6, 2011

Warisan

Baju Melayu,
Warisan nenek moyang kepadaku
Diturunkan generasi demi generasi
Agar tidak lapuk dimamah usia.

Baju Melayu,
Berwarna biru cair telah aku warisi
Daripada atuk
Terima kasih, atuk.

Baju Melayu,
Akan ku pakai pada setiap Jumaat
Menghormati hari dan warisan
Tidak peduli kata-kata nista dibelakang.

Baju Melayu,
Adalah warisan bangsa
Akan ku semat dalam azali ini
Inilah janji-janji yang akan aku pegang.

Baju Melayu,
Warisan bangsa
Janganlah lupakan ia
Bersamalah kita kekalkan warisan ini.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment