Sunday, October 9, 2011

Ku Panjatkan Doa

Bismillahirrahmannirrahim.
Alhamdulillah Hirabbil Alamin,
Wassalatiwassalam waala alihi wasohbihi ajmain
Ammaba'a.


Ku bersyukur kepada-Mu, Ya ALLAH
Kerana telah memberi segala nikmat-Mu yang tidak terperi ini
Ku bersyukur kerana cahaya hidayah-Mu masih menerangi
Diri ini yang hina, Ya ALLAH.

Segala pujian diberikan kepada-Mu serta junjungan-Ku, Muhammad S.A.W
Hamba-Mu ini sering melakukan khilaf
Kekhilafan diriku ini mencetuskan dosa, Ya ALLAH
Menjadikan hatiku hitam dan hina.

Aku menangis, Ya ALLAH
Tatkala mendengar sambil membaca ayat-ayat-Mu, Ya ALLAH
Surah Yassin dan juga Surah Al-Fajr
Menerangi kembali hatiku yang kehitaman ini, Ya ALLAH.

Ampunkanlah kami, Ya ALLAH
Aku ingin kembali kepada mustaqim
Istiqamah dalam amalan ibadat dan jariah
Agar dapat menyucikan hati ini, Ya ALLAH.

Rintihanku hanya kau yang mendengar, Ya ALLAH
Bantulah aku
Ku menadah tangan, berdoa memohon taufiq dan hidayah
Warhamhumma kama rabbayani soghirah.

Wabijamiil mukminin nawal mukminan,
Wal muslimin nawal muslimat,
Al ahya himmil ummwal amwat.

Rabbana zolamna, annfusanna,
Waillam taghfirlana,
Watarhamna, lanaku, nanna minal khoshirin.

Rabbana atina fitdunia hassanah,
Waqina azzabannar,
Wassalallah hu 'ala Saiyidina Muhammad,
Waala alihi wassohbihi wassalam.

Walhamdulillahirrabil alamin.


--------ToKaN-AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment