Monday, May 10, 2010

Kalian

Segalanya dah lenyap
Punah sekali lagi hati ini
Buat kali kesepuluh
Aku sangkakan nombor bertuah aku samapai 8
Tapi tidak.

Kesemuanya telah berjaya mengguris hati ini
Kata-katanya memberikan aku harapan
Membuatkan aku rasa bersemangat untuk hidup
Sekarang semuanya sia-sia
Aku terpaksa teruskan
Walaupun luka di hati terus berdarah
Dan akan diguris.

Tangisan lelaki ini
Apa maknanya?
Hanya yang tertentu sahaja yang dapat menafsirnya
Ini bukanlah satu kelemahan
Ianya adalah dorongan
Untuk meneruskan hidup dalam perasaan hampa.

Mengapa kalian sering memberikan kata-kata yang penuh harapan
Aku tahu, aku ini hodoh
Bodoh, hitam, rongak
Tapi aku pun manusia
Salahkah aku untuk meminta secebis perasaan daripada kalian?

Sudahlah
Tidak perlu jawab pertanyaan itu
Jawapannya tetap
Iaitu tidak.

Telah aku sebut namamu dalam doaku
Telah aku menangis keranamu
Namun ianya hanyalah sia-sia
Dan kini air mata ini berderai kembali.

Tiada pertolongan
Namun iman telah mengajarku
Agar terima seadanya dan bersyukur
Kelak nanti lebih baik daripada kini
Kalian pula bagaimana?

Aku tahu, kalian semua adalah sempurna
Dari atas sampai ke bawah
Dari luaran dan dalaman
Segalanya cukup
Hanya aku sahaja yang tidak cukup-cukup.

Aku tahu
Kalian sedang bergembira sekarang
Bahagia dengan...
Aku, tetap bersendirian
Menghadapi rintangan
Tanpa iringan dan sokongan

Aku harap
Kalian berbahagialah hendak-Nya
Kerana aku tahu
Aku bukannya layak ke syurga
Dipenuhi dosa-dosa
Yang sempatkah untuk ditebus
Yang aku pasti
Kalian pasti berada di syurga.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment