Tuesday, May 25, 2010

Setiap hari
Aku menjalaninya dengan sukar
Setiap hari
Aku sembunyikan
Perasaan duka di hati
Hanya dengan menulis ini sahaja
Yang dapat aku ubati
Dan tangisi segala kedukaan.

Setiap hari
Selama 6 tahun
Aku hidup penuh kesedihan
Aku mengharapkan kau
Memberi sedikit harapan
Namun
Tiada apa-apa yang berlaku.

Setiap hari
Setiap malam
Luka di hati mengalir
Bersama iringan air mata
Mengenang nasib
Yang berlalu dan mendatang.

Setiap hari
Aku menunggumu
Ianya masih sepi
Aku tetap berdiri
Menanti kehadiran
Insan pemberi harapan.

Setiap hari
Aku mencari
Harapan yang tidak pasti
Di mana kata-katanya
Cukup untuk membuatkan aku
Berduka, hampa, dan hilang arah.

Setiap hari
Engkau berbahagia
Aku berduka
Memendam perasaan
Dan...

Setiap hari
Aku memerhatimu
Dan jika kau menyedari
Aku segera beredar
Kerana aku terlalu hina
Untuk kau lihat.

Setiap hari
Aku mengenangmu
Setiap hari
Aku menangis keranamu
Setiap hari
Aku mendoakanmu
Setiap hari
Aku memendam perasaan ini.
Berseorangan.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment