Saturday, August 7, 2010

Doa Di Akhir

Sekali lagi
Dihina dan diperlekeh
Dicerca dan diejek
Kekusutan diadun bersama kegusaran
Ditambah pilu dan kemarahan
Yang hanya mampu ditahan
Dengan kesabaran.

Semakin besar dugaan hidup
Apabila semua telah pergi
Mencapai cita dan cinta
Di puncak sana
Atau di pesisir situ
Aku berdiri keseorangan
Menahan keperitan di dada.

Ini sahajalah yang mampu aku luahkan
Kerana siapalah aku
Untuk mengadu simpati
Aku insan hina
Berdosa dan jahat.

Aku semakin jauh ketinggalan
Aku semakin lemah
Disebalik keceriaan, aku berduka
Tidak berubat
Sepi menjadi teman
Selama 6 tahun.

Aku setiap hari
Menunggu perkataan darimu
Walaupun sepatah atau satu huruf
Ia melengkapkan hariku
Walau kau berkata
"Aku benci kau".

Apa agaknya khabar pen yang aku beri?
Adakah ia berada dalam bekas penselmu?
Atau ia berada di pusat pembuangan sampah?
Aku tidak tahu
Jikalau kau masih menyimpan atau menggunakannya
Aku rasa sungguh terharu
Terima kasih.

Bertahanlah, wahai diri
Bersabarlah, wahai hati
Kita wajib redha dengan ketentuan-Nya
Agar mendapat rahmat
Menempuhi segala rintangan
Yang cukup memberi kesan
Di masa kini dan seterusnya.

Bantulah aku, Ya ALLAH!
Berilah dia kejayaan
Pahala dan syurga
Ya ALLAH, ampunkanlah dosanya
Sesungguhnya aku redha kepada keputusanmu
Agar dia senang
Di masa hadapan
AMIN.


--------ToKaN AL-MaNSuR--------

No comments:

Post a Comment